bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik
tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi
malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya
mak enon. Malu sangat... rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak
kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu
kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk
anak2.
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang
menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg
lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap
hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau
kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita
sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan
ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka
marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat
budak. Namanya pun budak...
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan -
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita
appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik
lagi. Ini la namanya motivasi...
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan
sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka
ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya
mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka
lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,
pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah
keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau
takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka
sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali
jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri
kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka
beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau
sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda
dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap.
Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok
sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak
lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa
dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm
tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood
berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo... untuk kita sendiri, ini
adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada
masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih
dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita
bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam
menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega
bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang
menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah
yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn
gabra2.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada
sekali - ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum
punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya
sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh
saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau
marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila
saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even
dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even
nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2
pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah
begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau
pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar
cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde
siaran ulang tayang.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa
yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan
daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.
Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat
malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp
mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n
selimutkan diorg.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini
akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni
garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist
pada anak2. nnt mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak
akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada
keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita
mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka
siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari
peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih
dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala
cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua
puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah
mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak
mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya
mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan
mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita

![[ image: width=150]](http://news.bbc.co.uk/olmedia/290000/images/_291331_maggot150.jpg)













