BismiLlahiRahmaniRahim
"Idola saya adalah jurujual bergelar 'al-Amin'" kata seorang jurujual berwajah segar didepan saya.
Tergaru2 kepala yg tidak gatal ini memikirkan apakah yang cuba disampaikan oleh wanita ini. Nak jadi jurujual, tp produknya tiada kelihatan. Nak jadi jurujual, biasanya makcik-makcik yang agak kusam lagaknya.. Tapi orang ini lain benar pembawakan dirinya.
Sangat bergaya, sangat petah berbicara, sentiasa tersenyum menampakkan setulusan diri mahu menyampaikan kata2 promosi dan iklan. Saya kagum seketika.
"Jangan risau, saya tidak akan mengambil masa adeq lama. InshaAllah jika diizinkan, mahu saya berbual seketika untuk memperkenalkan produk yang sangat bernilai ini dengan tawaran harga yang sangat rendah. Boleh?"
Alahai...kalau beginilah lagaknya, mana mungkin aku dapat menolak! "Eh, boleh2, silakan!"
"Begini......"
"""""""""""""""""""""""""
Peristiwa itu sering berlegar2 dikotak kepala sedar aku yang selalunya buntu dan bosan dengan rutin kehidupan statik sebagai pelajar perubatan. Pandai sungguh wanita itu berbicara sehinggakan aku tertipu dan terpanggil tuk mendengar iklan dan promosinya. Lantas, aku telah setuju membeli produknya itu. (tp, produk itu mmg telah lama menjadi milikku, ttp aku tidak pernah mempergunakannya apatah lagi untuk mengambil kira nilai komercialnya yg sangat tinggi.... Bodoh betul !!)
Produk yang dimaksudkan adalah produk yg sama dengan apa yg dijaja dan diusahakan oleh orang2 terdahulu....(produk yang tidak pernah turun harga nilainya...!). Nama2 seperti Mus'ab bin Umair, Abu Darda', Abu Ubaidah dan banyak lagi tidak berapa kita kenali sedangkan merekalah antara jurujual yang berjaya.
Hasil produk tersebut, bukan setakat membolehkan manusia berjaya menjadi seorang pelajar yang berjaya, kesihatan yang terjamin, hidup yang bermatlamat, malah menjamin kesejahteraan dan kesenangan selepas hidup di dunia...(masyaAllah!!!)
Apa yang hanya diperlukan untuk memastikan produk ini berjaya dan berkesan, adalah dengan menggabungkan diri dengan produk ini dalam setiap segi. Telan dan hadam setiap satu, dari sekecil-kecil benda sehingga sebesar2 benda.
Yerlah.... terdapat la jugak 'contra-indication' yang perlu diambil perhatian supaya produk ini memberikan hasil terbaik.
Ketahuilah, produk itu adalah ISLAM.
-fikirkan lah-
Marhum Hadith "Jika Allah swt mahukan kebaikan pada seseorang itu, ia akan diberikan kefahaman dalam AGAMANYA!"
wallahuAlam
Nak jual produk baik punya...!
Tuesday, April 18, 2006
at 11:35 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment