assalamualaikum,
tumpang tanya, apakah hukum perempuan menari? sebab ada kawan saya ni nak join msian nite tapi setahu saya adalah haram perempuan menari. tapi saya search kat google tak jumpa plak apa2 yg relate dgn hukum2 ni. nway, sape2 yg arif tentang hal ni, silalah jawap soalan saya.
sekian, terima kasih.
RESPON 1
Assalamualaikum
Setiap kejadian dari pandangan
Bagaikan kebakaran dari serpihan
Banyak kerlingan menikam kalbu
Kalbu ditikam tanpa panahan
Selagi manusia mengikut perasaan
Bahawa di hadapan tidak kesedaran
Relakan bencana datang melanda kemuliaan
Usah disambut andai datang membawa kehancuran
RESPON 2BismiLlahirahmanirahim...
Terdorong jugak untuk menaip,
Petikan cerita (lebih kurang...sbb tak refer buku)
Golongan Hawa pada zaman RasuluLlah saw dulu risau sangat
takut tak dapat masuk syurga Allah swt sedangkan kaum Adam boleh kejar syurga dengan senang iaitu mengejar syahid dimedan juang...."Seorang wanita datang menghadap kepada RasuluLlah saw, ia bertanya:
"Ya RasuluLlah, saya ini adalah utusan dari kaum wanita untuk menghadap tuan. Ada jihad yg diwajibkan kepada kaum lelaki, apabila mereka menang, mereka akan mendapat pahala, kalau mereka terbunuh mereka akan tetap hidup disisi Tuhannya, mereka tetap mendapat rezeki. Sedang kami kaum wanita, kamilah yg memelihara mereka, kami akan memperoleh apa?
RasuluLlah saw menjawab, Sampaikanlah kepada semua wanita yg kamu jumpai, bahawasanya, taat kepada suami, memenuhi hak-hak suami sama pahalanya dengan jihad, tetapi sedikit sekali diantara golongan kamu yang melakukannya." Hadith dari Ibn Abbas
Ish....apa kaitannya dengan persoalan Malaysian Nita??

Ginilah, kalau tgk pada hadith tersebut, adalah sama ibarat wanita pergi berperang untuk syahid dengan hanya memastikan Suami bahagia......(Syahid = membahagikan Suami)
Bila masanya kita nak berjihad ni wahai wanita?...Lepas kawin?....lepas ada anak?....

Ish......sekarang laa.....bila lagi
Macamana tu?
Jagalah diri dari segi kesihatan
Kesihatan dan kebersihan...
dalaman dan luaran....
Jaga hak bakal suami keatas kita ie (masih suci dari disentuh lelaki, cukup mahal untuk dilihat lelaki lain, cukup menjaga kecantikan hanya untuk dia dikemudian hari......)
inilah Jihad wanita yg kebanyakan kamu sering lupa.....
dan, dalam melakukan semua ini,
"Niat untuk bahagiakan bakal suami....kerana Allah swt semata2"
Adakah bakal suami kita akan bahagia begitu?...Tanya lah mana2 lelaki yg dikenali...."terharu tak kalau seorang wanita buat semua benda ni untuk bahagiakan dia kelak??"
Sesungguhnya....
Wanita dah tidak ada hadiah PALING BERNILAI untuk dihadiahkan pada bakal suami kelak....melainkan diri yg SUCI...
Jadi, untuk mencapai MardhatiLlah, Taman indah disyurga kelak, ini lah jihad kita.....
Jaga aurat (kerana ia HANYA untuk suami tercinta...)
Jaga pergaulan (kerana diri ini HANYA untuk Dia)
Jaga....dan jaga..
Islam bukan mengongkong kita dari bergaul dan bersosial...
tetapi untuk kebahagiannya BERSAMA juga.....
betul tak?.....jawablah lelaki diluar sana...
Wallahu'alam


