Angin yang Mencerai-Berai

Friday, April 21, 2006


BismiLlahirahmaniRahim


Demi angin yang mencerai-berai dengan sebaran yang luas,
Dan yang membawa beban berat,
Dan yang bergerak dengan mudah,
Dan yang membahagi-bahagi urusan.



Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu itu benar kan terjadi, Dan sesungguhnya pembalasan itu pasti terjadi.

Demi langit yang penuh dengan jalan-jalan,

Sesungguhnya kamu mempunyai pikiran yang berbeza-beza,
Diputar dari situ siapa yang diputar (yang tiada pengetahuan),

Terkutuklah orang yang
pembohong (pemutar belit).
Orang yang lalai dalam kebodohan mereka,
Mereka bertanya "Bilakah hari pembalasan itu?"

Dihari tu mereka diseksa didalam neraka,
'Rasailah olehmu siksaanmu!' Inilah yang kamu minta disegerakan.


Sesungguhnya orang yang memelihara diri mereka dari kejahatan itu diam di tengah taman dan mata air,
Mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan, kerana mereka hidup dengan berkebajikan,

Mereka menggunakan malam untuk tidur hanyalah sebentar,
Dan dihujung malam, mereka berdoa memohon ampun.

Dan sebahagian dari kekayaan mereka diberikan kepada orang-orang yang meminta dan yang tiada meminta.




Dan dibumi ini ada beberapa tanda untuk orang-orang yang yakin dalam kepercayaannya,
Dan juga pada dirinya sendiri,

'Mengapa tidak kamu perhatikan?'

Dan dilangit ada rezekimu dan juga apa yang dijanjikan kepadamu,

Demi Tuhan langit dan bumi,
Sesungguhnya itu suatu kebenaran sebagai apa yang kamu katakan.


"Sudah datangkah kepada kamu cerita tamu Ibrahim yang dimuliakan?"
Ketika mereka masuk kepada Ibrahim dan mengucapkan "Salam!"

Dijawab "salam!", didalam hati 'mereka ini orang yang tidak dikenali'.


Lalu merka pergi dengan diam-diam kepada keluarganya dengan membawa daging anak sapi yang gemuk,

Dan diletakkan dihadapan mereka, dan berkata "Mengapa tidak kamu makan?"

Kerana itu, mereka merasa takut.

Berkata mereka"Janganlah engkau takut!"


Dan mereka menyampaikan berita gembira kepadanya akan berole
h seorang anak lelaki yang pandai.
Dan Isterinya
(Sarah) datang menjerit dan menutup muka, dan berkata "Aku perempuan tua yang mandul!"
Balas mereka "Begitulah Tuhan berfirman!"
Sesungguhnya Dia Bijaksana dan Maha Tahu.

.................http://bangsamusnah.com/

Ibrahim berkata "Apakah urusan mu, Wahai utusan-utusan?"

Mereka menjawab "Kami dikirim kepada kaum Luth yang berdosa, supaya kami jatuhkan kepada mereka batu dari tanah liat, yang ditandai disisi Tuhan engkau, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas"

... Lalu kami keluarkan orang-orang beriman yang ada disana.
Tet
api tiada kami dapati disana selain sebuah rumah orang yang tunduk kepada Tuhan. Dan kami tinggalkan itu untuk menjadi keterangan bagi orang yang takut kepada siksaan yang pedih".

Dan tentang Musa, ketika dia kami utus kepada Fir'aun dengan kekuasaan yang terang, tetapi dia membelakangi kerana kekuatannya dan berkata "Orang pandai sihir atau orang gila!"
Kerana itu dia dan tenteranya Kami siksa dan kami lemparkan ke laut dengan mendapat celaan.

Dan tentang Kaum 'Aad, ketika kami kirim kepada mereka angin yang membinasakan.
Tiada ditinggalkan sesuatu yang ditiupnya melainkan sebagai abu.


Dan tentang Kamu Tsamud, ketika dikatakan kepada mereka "Bersukarialah kamu sampai waktunya!".
Tetapi mereka mendurhakai perintah Tuhannya lalu mereka disiksa oleh suara yang keras sedang mereka melihat kepadanya.
Mereka tidak sanggup berdiri dan mereka tiada pula dapat menolong dirinya sendiri.


Dan juga Kaum Nuh pada masa dahulu, sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat. Dan langit kami bangunkan dengan kekuatannya dan sesungguhnya kekuasaan Kami cukup luas.

Dan bumi kami hamparkan dan alangkah baiknya Kami hamparkan!
Dan segala sesuatu kami cipta berpasang-pasangan, supaya kamu dapat memikirkannya.



Disebabkan itu, bersege
ralah pergi kepada Allah.


"Sesungguhnya aku pemberi peringatan yang terang dari Allah kepada kamu".
"Janganlah kamu adaka
n tuhan-tuhan yang lain disamping Allah. Sesungguhnya aku memberi peringatan yang terang dari Allah kepada kamu"


Begitulah, setiap Rasul datang kepada orang-orang yang dahulu, mereka mengatakan "Seorang ahli sihir atau seorang gila!"
Begitukan mereka mewasiatkan antara satu sama lain?
Bahkan, mereka adalah kaum yang derhaka.


..............

"Sebab itu, berpalinglah dari mereka dan engkau tiada akan tercela"

Dan berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang yang beriman.


"Ku ciptakan jin dan manusia itu hanyalah supaya mereka memuja kepadaKu"

"Aku tiada hendak meminta rezeki kepada mereka dan aku tiada hendak meminta supaya mereka memberikan makanan kepadaKu"

Sesungguhnya Allah itu Dialah Pemberi rezeki, Kuat Teguh!
Sesungguhnya orang-orang yang bersalah itu memperoleh bagian yang serupa dengan bagian kawan-kawannya yang dahulu.
Sebab itu janganlah mereka meminta kepadaKu supaya disegerakan.
Nasib malang untuk orang yang tiada beriman disebabkan hari yang diancamkan kepada mereka.

Benarlah kata-kata Mu, Ya Allah!

~ Adz-Dzariyat ~

Nak jual produk baik punya...!

Tuesday, April 18, 2006

BismiLlahiRahmaniRahim

"Idola saya adalah jurujual bergelar 'al-Amin'" kata seorang jurujual berwajah segar didepan saya.

Tergaru2 kepala yg tidak gatal ini memikirkan apakah yang cuba disampaikan oleh wanita ini. Nak jadi jurujual, tp produknya tiada kelihatan. Nak jadi jurujual, biasanya makcik-makcik yang agak kusam lagaknya.. Tapi orang ini lain benar pembawakan dirinya.

Sangat bergaya, sangat petah berbicara, sentiasa tersenyum menampakkan setulusan diri mahu menyampaikan kata2 promosi dan iklan. Saya kagum seketika.

"Jangan risau, saya tidak akan mengambil masa adeq lama. InshaAllah jika diizinkan, mahu saya berbual seketika untuk memperkenalkan produk yang sangat bernilai ini dengan tawaran harga yang sangat rendah. Boleh?"

Alahai...kalau beginilah lagaknya, mana mungkin aku dapat menolak! "Eh, boleh2, silakan!"

"Begini......"

"""""""""""""""""""""""""

Peristiwa itu sering berlegar2 dikotak kepala sedar aku yang selalunya buntu dan bosan dengan rutin kehidupan statik sebagai pelajar perubatan. Pandai sungguh wanita itu berbicara sehinggakan aku tertipu dan terpanggil tuk mendengar iklan dan promosinya. Lantas, aku telah setuju membeli produknya itu. (tp, produk itu mmg telah lama menjadi milikku, ttp aku tidak pernah mempergunakannya apatah lagi untuk mengambil kira nilai komercialnya yg sangat tinggi.... Bodoh betul !!)

Produk yang dimaksudkan adalah produk yg sama dengan apa yg dijaja dan diusahakan oleh orang2 terdahulu....(produk yang tidak pernah turun harga nilainya...!). Nama2 seperti Mus'ab bin Umair, Abu Darda', Abu Ubaidah dan banyak lagi tidak berapa kita kenali sedangkan merekalah antara jurujual yang berjaya.

Hasil produk tersebut, bukan setakat membolehkan manusia berjaya menjadi seorang pelajar yang berjaya, kesihatan yang terjamin, hidup yang bermatlamat, malah menjamin kesejahteraan dan kesenangan selepas hidup di dunia...(masyaAllah!!!)

Apa yang hanya diperlukan untuk memastikan produk ini berjaya dan berkesan, adalah dengan menggabungkan diri dengan produk ini dalam setiap segi. Telan dan hadam setiap satu, dari sekecil-kecil benda sehingga sebesar2 benda.

Yerlah.... terdapat la jugak 'contra-indication' yang perlu diambil perhatian supaya produk ini memberikan hasil terbaik.

Ketahuilah, produk itu adalah ISLAM.


-fikirkan lah-
Marhum Hadith "Jika Allah swt mahukan kebaikan pada seseorang itu, ia akan diberikan kefahaman dalam AGAMANYA!"

wallahuAlam