Murtabak ni adalah resepi kak Nora (kakak aku yg ke 2) yang dia olah sendiri..
Power seh! Tabik springgg..
Dia tu mmg suka mencuba dan mencipta resepi sendiri. Husband dier pernah suggest, bukak restoran, dia propose nak jadik manager..hahaa...chomel tul la diorg!
Anyway, silala sapa2 yg nak try buat...... pasti tidak kecewa!
.............................
Bahan inti
1 labu bawang besar [potong dadu]
Daging/ayam [cincang]
2 biji telur
1 kiub ayam
2 s/b rempah kurma
secubit garam
Cara
Gaul semua bahan diatas.
Bahan kulit
Tepung gandum
Minyak masak
Garam (bancuh dalam air)
Cara
1. Campur semua dan gaul menjadi doh.
2. Bentukkan bulat dan disapukan marjerin. Guna selepas 3 jam atau lebih
Cara menyediakan murtabak:
Minyakkan alas untuk menebar. Tebarkan doh sehingga nipis (jangan sampai pecah), letakkan inti dan bungkus membentuk empat segi.
Masak..
Bahan kuah
Bawang merah (dihiris nipis)
Sedikit cuka dibancuh dengan air minum, letakkan setitik pewarna merah (guna air rose – yg nak buat air sirap tu)
Garam dan gula (nisbah 1:6)
Cara
1. Campur semua
Siap untuk dimakan….nyum nyum

0 comments:
Post a Comment