Bosnia Herzegovenia: Umat Islam masih dihina

Thursday, March 1, 2007


Baru saja rasanya kita dikejutkan dengan berita wanita Iraq, Sabrin Al-Janabi dirogol oleh tentera dan polis dan sebelum itu, seorang tentera AS didapati bersalah atas tuduhan merogol dan membakar seorang gadis Iraq bersama keluarganya. Walaupun dijatuhi hukuman 100 tahun penjara, namun, ia masih belum cukup untuk mengkambus keganasan-keganasan tentera AS sepanjang kempen mereka terhadap umat islam . Hutang di Abu Ghraib dan Guantanamo Bay , masih banyak untuk dituntut.
Kini, kita sekali lagi bersedih atas keputusan Mahkamah Dunia di The Hague yang menyatakan Serbia tidak bersalah atas ‘genocide’ yang berlaku di Bosnia semasa perang 92-95 yang menyaksikan hampir 100, 000 orang awam disembelih. Beribu-ribu wanita diperkosa dan dibunuh.
‘ Dan tidak akan sekali-kali yahudi dan nasrani redha kepada kamu sehingga kamu mengikut jejak langkah mereka’- quran
Menarik sungguh keputusan yang dibacakan Mahkamah Dunia yang seolah-olah menyatakan bahawa memang berlaku ‘genocide’ di Bosnia , namun tidak dapat dipastikan siapa yang melakukannya. Walhal beratus-ratus saksi dipanggil memberikan kenyataan mereka terhadap perbicaraan yang panjang ini.

"I am stunned. This is terrible - I saw with my own eyes who started this war and who kept up the aggression. It was the Serbs." -Hedija Krdzic- al-jazeera
Alahai umat islam! Sudahlah jatuh ditimpa tangga. Kasihan nasibmu akan Bosnia , saudara-saudara mu tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menulis sajak-sajak menangisimu.
Serbia yang terselamat dari pampasan berbilion-bilion dollar kerana keputusan ini, pastinya tidak perlu merasai apa-apa penyesalan dari keganasan yang dilakukan. Pastinya Milosevic kini benar-benar ‘Rest in Peace’.
Mari kita sama-sama fikirkan? Mengapa ini boleh berlaku? Mana salahnya? Bosnia adalah negara umat Islam di Balkan bersama-sama Albania dan Kosovo. Mereka menerima Islam pada kurun ke 14 setelah kedatangan Turki.
Kita bertanya manakah peranan OIC dalam perkara ini. Setakat artikel ini ditulis, belum kedengaran lagi mana-mana pemimpin negara Islam atau pemimpin OIC mengeluarkan kenyataan mereka. Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan pemimpin bacul. Bacul untuk bangun mempertahankan ummah.
Namun, tidak patut kita salahkan 100% ke atas pemimpin, kerana kita yang memilih mereka. Ya, tanggungjawab memilih itu ada di tangan kita. Kita yang menentukan mereka. Jadi, pastinya kita ada saham dalam perkara ini. Kita berhutang dengan syuhada’ di Bosnia.
Kita yang memilih untuk tidak peduli tentang sekeliling. Kita yang memilih untuk tidak membaca akhbar. Kita yang memilih untuk tidak membelek cerita-cerita yang menimpa umat islam. Kita yang memilih untuk membenci politik. Kita memilih untuk tidak peduli siapa yang memimpin. Kita yang memilih untuk memisahkan agama dan politik. Nah! Inilah yang kita dapat. Hak saudara kita dihina, ke darjat yang paling rendah.
‘Jihad yang paling afdhal ialah berkata benar di hadapan raja yang zalim’ -hadis
Sudahlah dihina di dalam perang yang berat sebelah. Kemudian dihina lagi kerana terpaksa merayu mahkamah dunia di Belanda, negara ‘red light district’ untuk membicarakan isu kemanusiaan. Kini, dihina lagi kerana terpaksa menerima keputusan yang tidak masuk akal dan berat sebelah.

‘ Akan tiba satu masa di mana umatku akan diratah oleh musuh-musuhnya seperti lauk yang terhidang’ –mafhum hadis

Ya rasulullah, alangkah benarnya hadismu! Kami kini benar-benar terhina dan diratah oleh musuh-musuh islam.
‘ ummatku diserang penyakit al-wahn, cintakan dunia dan takutkan mati’ –mafhum hadis
Umat islam Bosnia kini tahu, mereka tidak boleh mengharapkan sesiapa melainkan diri mereka sendiri untuk bangun mempertahankan hak mereka. Pastinya, para ‘survivor’ akan terus menceritakan hal yang sebenar kepada anak cucu mereka agar menjadi peringatan supaya generasi akan datang akan tetap berpegang teguh dengan Islam. Semoga Allah akan melahirkan seorang wira untuk membela semula nasib Bosnia yang tertindas. Amin.
"We who were in Bosnia know what happened here right from the beginning of the war and I know what I will teach my kids.- Zeljko Komsic

0 comments: