Silap aku kah?

Thursday, February 9, 2006

BismiLlahiRahmaniRahim...

Moga Allah swt ampunkan dosaku yang lemah ini....

Walaupun aku dah tahan diri dari tgk 'kartun menghina Islam' yg semakin tersebar...
"jgn kau tgk cartoon2 itu...kerana ia seolah bererti kau telah menjayakan hasrat 'mereka' melukis dan menyiarkannya ke seluruh dunia...kau RELA??"...
....namun, tadi, aku tgk jugak....sbb dah byk sangat forwarded email yg diterima....

Maka, MENJERITLAH otak kurniaan Penciptaku yang Agung..,
'MASYAALLAH!!!.....kenapa begini sekali benci mereka pada kita???, Salah sapa?? Salah orang Islam yg kat negara Arab itukah kerana berlaku keterlaluan?? tp, at least mereka berjaya membuka mata kita yg malas menunjukkan 'jeritan batin' ini dr pandangan dunia...., jadi, salah kita ker sbb tak buat apa2?? kalau itulah jawapannya....apalah sangat yg boleh kita buat??....aku hanya sekerdil ini, mana mungkin dipandang oleh kuasa Denmark yg besar itu....inikan Denmark, Malaysia sendiripun belum tentu mampu aku luahkan perasaan ini.......... KESUDAHANNYA??........Biarlah mereka2 yg berkeupayaan jer lah buat.....aku duduk senyap2 kat sini lah, study pun entah ke mana...., inikan nak berisau-risauan pasal hal dunia...hal Islam.....'

(rasanya, inilah yg biasanya kita rasa, jika timbul suatu isu besar....jadi, kita berundur dan kembali ke dalam 'comfort zone' mendiam diri...)

PADAHAL...................................................KAU TELAH MENG'IA'KAN..................

'haah, aku hamba Allah swt..', 'Tiadalah Tuhan lain selain Allah yg aku sembah......dan.....RasuluLlah itu, adalah rasul yg Tuhanku pilih...'

'betul, Allah cipta manusia seperti aku, untuk jadi khalifah........Khalifah yg tadbir bumi dan seisinya.......(termasuklah tadbir diri sendiri, kekawan,keluarga,masyarakat,kerajaan dan dunia)'


'nak.....nak jadik seperti sahabat dahulu kala yg berjaya menguasainya sepertiga dunia....fuh,....mantap sungguh Islam dulu...'

'.....'
'...'
...

TAPI KITA masih TAK BERDAYA BUAT APA2...........JANJI KOSONG KAH INI??

As-Saff:2-3 'Wahai orang yg beriman (kita ker? atau kita hanya perasan Beriman? atau kita hanya baru Islam? atau kita hanya perasan Islam...sedangkan tak berIzzahkan Islam????? Moga Allah swt tetapkan kita didalam AgamaNya ini..), mengapa kamu tidak perbuat apa yg kamu katakan??.Maka diBENCI (mintak jauh dari diBENCI Allah swt!), Maka dibenci Allah kalau kamu katakan apa yg kamu tidak perbuat!!'

kalau manusia ditaburi janji kosong, pasti mengamok sakan....
kalau Allah swt diperlaku begini?,

.........................ingatlah, Azab Allah adalah pedih! ...
tapi, (macam biasalah, manusia sering berdolak dalih dan mencari alasan..),
"Allah swt Maha Mengetahui, pastilah Ia tahu niat kita yg NAK TOLONG tp, tak berkudrat ini"
"Allah swt Maha Pengampun, pastilah Ia akan mengampunkan dosa kita, sbb hanya dosa syirik yg tak diampunkan...."

....
....dan byk lagi alasan2 lain,

terkandung dlm Qalamnya, Allah swt mahu kita buat sesuatu seMAMPU yg kita boleh buat....
dan .......KENE BUAT dulu lah baru kita tahu MAMPU atau TIDAK MAMPU.

As-Saff 4 "Sesungguhnya Allah swt SANGAT SUKA/KASIH/CINTA..., orang yg berjuang/berperang/mempertahankan Agama/dijalan Allah, DALAM BARISAN YG TERATUR, BAGAI SATU BANGUNAN YG KUKUH....!!"

Maka sedarlah wahai Umat Islam, kita kene bersatu.......KENE/MESTI/TERPAKSA/MUST/TAK BOLEH TIDAK.......kene berada dalam satu jemaah, dengan sistem yg teratur, supaya mampu membina kuasa yg pastinya dapat menjatuhkan musuh2 Allah swt......

baik dimana saja kamu berada, jgnla lari dari Allah swt dan seruanNya....
baik dimana kamu menapak, carilah jemaah yg meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah diperlembagaan yg teratas.....
baik dimana kamu sujud, biarlah sujud itu bersama sujudnya satu barisan hamba Allah swt yg bekerja untuk Allah swt.....

FIkirlah dengan akal yg ada.....
tanya lah keimanan didada, sama ada ianya palsu atau hiasan diri semata?
biarlah apa2 perubahan yg kita buat, hanya dengan Niat mendapat CINTA Allah swt......Sayang Allah swt,.......dan CITA2 untuk ketemu Allah swt di Syurga Nya yg abadi kelak....

Sesungguhnya semua ini benar......
MATI ITU BENAR,
AKHIRAT ITU BENAR,
SYURGA ITU BENAR,
NERAKA ITU BENAR,
PERJUANGAN ITU BERTERUSAN,
PENENTANGAN ITU PASTI TIDAK AKAN HILANG,
ORANG YG BERJUANG PASTI AKAN SILIH BERGANTI........
DAN KITARAN HIDUP INI ADALAH UJIAN JUA........
BAGI KITA PILIH, UNTUK BERADA DIMANA?
MENJADI PEJUANG ALLAH ITU
ATAU
HANYA MENJADI PENYORAK YG BERSEMANGAT TP TIDAK AKAN MENDAPAT APA2 SELAIN MENANGGONG HARGA TIKET YG MAHAL ITU!


wallahu'alam...
YA ALLAH....., OH...YA ALLAH,
kau berilah aku kekuatan untuk mentadbir diri ini menjadi pendokong agamaMU...
Amin

Fardhu Ain

Thursday, February 2, 2006

BismiLlahiRahmaniRahim

Teringat kata2 sahabat ku beberapa hari yg lepas berkenaan fardhu ain semasa berbicara mengenai tanggungjawab kita sekarang sebagai individu yg telah bersumpah/berbai'ah dengan Allah swt dengan lafaz "La ILaha ILla Llah"

"Apakah fardhu ain kita sekarang?" merupakah soalan yg dilontarkan.

Daripada apa yg aku paham dari perjelasannya, hukum fardhu ain terhadap solat dan sebagainya adalah tetap tidak berubah pada sekalian manusia bergelar Muslim......

Tetapi apabila bercakap berkenaan keutamaan yg patut kita dahulukan dalam kita nak berperanan sebagai pemimpin yg ditaklifkan oleh Allah swt dimuka bumi, kita lihat pada fardhu ain kita pada waktu sekarang.

'Adakah kita akan hanya belajar perkara solat, zakat, haji, kahwin, dan harta semata sebagai antara tuntutan2 Fardhu Ain? Sehinggalah kita dikebumikan kelak?'

Sesungguhnya rugilah kita menganggap Islam semata2 perkara ini sahaja...
Banyakkkkk lagi perkara2 utama lain yg kita tidak berjaya kuasai....contohnya soal Seerah ie membuka episod kegemilangan Islam, Akhlak terutama sekali perihal muamalat lelaki perempuan.....berleluasa sungguh sekarang ni)...dan Fiqh ie hukum hakam Illahi, amal-ma'ruf, nahi mungkar yg semakin dilupai oleh kebanyakan kita. Tidak dilupa Biology, Maths, Econs, Acc, Astro, dan bidang2 ilmu yg lain yg sebenarnya sebahagian dr Ilmu Ilahi ie Ilmu didalam Islam....

Jadi, fardhu ain yg sahabat ku itu perkataan adalah, keutamaan keatas kita adalah mengikut keadaan semasa zaman tersebut..

Wallahu'Alam

Setelah lama menyepi

Friday, January 27, 2006

BismiLlahiRahmaniRahim

AlhamduliLlah, ive finished my OSCE this afternoon...
Some ppl asked whether it went well as expected....hmm..one word to describe it; AlhamduliLlah...
i'll perform better next time inshaAllah...

I'll post entries in the future....
hehe...lama mendiam nih...berkarat rasanya..huhu

wassalam

Islam itu Nasihat

Friday, January 6, 2006

BismiLlahirRahmanirRahim

Dalam kesibukan, sekadar nasihat bg jiwa dan hati ku dan sahabat-sahabat sekalian, dengan izin Allah swt.

(pohon kemaafan dari Allah swt dari kelemahan ingatanku)

Hadith ini telah diriwayat oleh seorang sahabat tatkala bersama RasuluLlah saw,
RasuluLlah saw berkata "Akan datang suatu masa dimana kamu dapati seluruh dunia mengerumuni kamu ibarat mengerumuni juadah makanan". Bertanya sahabat "Adakah kerana bilangan kami sedikit Ya Rasul Allah?".Jawab baginda "Bahkan, bilangan kamu sangat banyak ibarat buih-buih dilautan". Sahabat bertanya lagi "Kenapa begitu?". Jawab baginda "Ini kerana Allah swt telah mencabut dari kamu rasa takut mati dan menanamkan dalam diri kamu penyakit wahn". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit wahn itu Ya Rasul Allah?". Jawab baginda "Ia adalah rasa Cinta Dunia!"

~ SubhanaAllah, terasa sungguh akan KEBENARAN kata2 RasuluLlah saw yang juga amaran dari Allah swt ini.....setuju??
Kala kita berseronok2....kala kita bergelak ketawa.....ada penyakit rupanya kita semua ini....... MasyaAllah...Adakah Doktor boleh tolong ubatkan??~

Diakhir zaman, memegang nama Islam ibarat memegang bara api!! - Hadith
~SubhanaAllah....ini pun AMATlah BENAR...rasa tak???Jalan sana sini, kang kene tarik tudung...~

"Islam itu datang dalam keadaan dagang/asing. Ia akan kembali dalam keadaan yang sama. Maka, beruntunglah bagi mereka yang dagang/asing" - Hadith
~Inilah solution yang Allah swt beri pada seluruh Manusia!!.....~

We wanna be beruntung, We HAVE to hold the Bara API laahh.....

(Pohon pada sahabat yg dpt betulkan ayat hadith2 tersebut, silakanlah!!- xsempat buat rujukan)

oooo..the people of the boxes, open ur box and listen to the Deen of Allah swt....(quote from nasyeed Dawud W. Ali). So, sekalian kawan-kawan ku, spend a time to watch this video..(dok rugi ehh!!)
http://www.zupload.com/download.php?file=getfile&filepath=34692
Sekalung tahniah bagi kawan2 di PUISI'05 tempohari yg menyediakannya......BEST BANGAT!!!rasa penyesalan tahap dewa sbb tak pegi

Ghuraba

Monday, January 2, 2006

Assalamualaikum wbt,

I wanna share my delight towards this poem as well as nasyeed to the world....
from http://forums.almaghrib.org/printthread.php?t=7350&pp=40
to listen click this link http://www.enshad.net/audio/Al-Damaam_D_2/Al-Damaam_D_2_-_05_-_%273orabaa2_%273orabaa2.ram

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
-------------------------------------------------
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we'll continue forever
لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we'll continue forever
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make jihad, and battle, and fight from the start
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make jihad, and battle, and fight from the start
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy
بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy
بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
The Prophet SAW said "Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. So Tooba for the Strangers"

WASIAT OSMAN GAZI KEPADA ANAKNYA ORHAN

Sunday, December 25, 2005


Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Saya berasa gembira dan bersyukur di atas kesedaran ramai sahabat
untuk mengambil tahu tentang sejarah Khilafah Osmaniyyah. Ia adalah siri
sejarah panjang yang tidak selayaknya seorang mukmin yang da'ie
mengabaikannya. Apatah lagi untuk memahami pelbagai krisis yang melanda umat
Islam hari ini, akar umbi permasalahan itu lazimnya berbalik kepada
peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Osmaniyyah tersebut.
Kerana kekayaan sejarah itulah, Profesor Necmettin Erbakan, pemimpin
gerakan Islam di Turki pernah menyebut, "mereka yang tidak mempedulikan
sejarah, maka tiada tempat baginya di persada masa hadapan".
Osman Gazi Orhan Gazi


Kemunculan pemerintahan keluarga Bani Osman yang mengasaskan Khilafah
Osmaniyyah merupakan manifestasi fenomena tajdid bagi menghadapi gejala
riddah yang sentiasa berulang muncul dalam sejarah kehidupan manusia.
Kira-kira 50 tahun selepas kejatuhan Khilafah Abbasiyyah iaitu pada
tahun 1258M / 656H, Osman Gazi mengasaskan Kerajaan Osmaniyyah di Bursa.
Lantas mereka membuktikan apa yang disebut oleh Allah SWT di dalam
al-Quran surah al-Maidah ayat 54-56:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika murtad dari kalangan kamu dengan
berpaling dari agamaNya, nescaya Allah akan mendatangkan suatu kaum
yang Dia mengasihi mereka serta mereka itu mengasihiNya. Mereka
merendahkan diri (adzillah) terhadap orang mukmin serta bersikap tegas meletakkan
diri pada ketinggian terhadap orang-orang kafir. Merek berjihad di
jalan Allah serta tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela.
Demikian itu adalah kurniaan Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang Dia
kehendaki. Dan Allah itu Maha Luas limpah kurniaNya lagi Maha
Mengetahui. Sesungguhnya pembantu kamu hanyalah Allah, RasulNya serta
orang-orang yang beriman, yang mana mereka itu mendirikan solat serta
mengeluarkan zakat, sedang mereka itu adalah orang-orang yang ruku' (patuh kepada
Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulNya serta
orang-orang yang beriman itu sebagai penolongnya, maka sesungguhnya (mereka itu
adalah) golongan Allah, menjadi golongan yang menang"

Kehidupan Osman Gazi yang memerintah sehingga 1326, adalah kehidupan
yang penuh dengan siri jihad. Perjuangan beliau dan kekuatan bala
tenteranya berhadapan dengan serangan kuasa Byzantine telah meluaskan kuasa
takluknya dari pusat pemerintahan di Bursa, berkembang pesat sehingga
Sultan Alaeddin Keykubat (Kaukabat) yang memerintah kerajaan Seljuk Rome
menyerahkan kuasa dan jajahan takluknya untuk duduk di bawah lembayung
imarah Osmaniyyah pada tahun 1299 tersebut.

Ketika gering di pembaringan, Sultan Osman Gazi telah menyampaikan
wasiatnya yang menjadi garis panduan dan ikutan para Sultan yang meneruskan
teraju pemerintahan Osmaniyyah selepasnya. Wasiat yang disampaikan
kepada anaknya Orhan (Orkhan) Gazi itu telah dicatat oleh muarrikh
(pencatat sejarah) bernama Asik Celebi (Aa-shik Chelebi). Wasiatnya berbunyi:

"Wahai anakku, janganlah sekali-kali kamu menyibukkan diri melakukan
sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Allah Tuhan semesta alam. Jika kamu
menghadapi sebarang kesulitan di dalam pemerintahan, maka
bermesyuaratlah kamu dengan pada Ulama' untuk mencari jalan penyelesaian"

"Wahai anakku, rendahkanlah dirimu dengan kemuliaan kepada orang-orang
yang mentaatimu serta peliharalah kebajikan tenteramu. Janganlah
sekali-kali kamu diperdayakan oleh Syaitan dengan (kekuatan) tentera dan
hartamu. Dan janganlah kamu sekali-kali menjauhkan diri daripada Ahli
Syariah..."

"Wahai anakku, sesungguhnya kamu mengetahui bahawa matlamat kita adalah
keredhaan Allah Tuhan semesta alam. Sesungguhnya jihad itu menyebarkan
cahaya sinaran agama kita ke segenap penjuru. Dengan demikian itulah
terhasilnya Mardhatillah Jalla Jalaaluh..."

"Wahai anakku, kita bukanlah dari kalangan mereka yang berperang kerana
syahwat mahukan kuasa atau menawan manusia. Sesungguhnya kita ini hidup
dengan Islam dan dengan Islam jualah kita mati. Dan hakikat inilah
wahai anakku, kamu itu adalah ahlinya!"

Nasihat inilah yang menjadikan pemerintah Osmaniyyah sangat menitik
beratkan ilmu dan institusi keilmuan, tentera dan institusi ketenteraan.
Mereka juga sangat memuliakan ulama serta memelihara kewajipan jihad. Di
bawah bendera Osmaniyyah itulah, sinaran Islam tersebar sehingga ke
segenap penjuru alam; cemerlang memancar dari tembok Vienna di Austria
sehinggalah ke tangan Haji Abdul Rahman Limbong di Tanah Melayu dan
pendukung revolusi petani menentang penjajahan British.

Institusi ulama sangat penting kepada sekalian pemerintah Bani Osman.
Gandingan ulama seperti Sheikh Ak Semsettin itulah yang menghasilkan
Sultan Muhammad al-Fatih yang kemudiannya menawan Constantinople pada
tahun 1453. Bahkan konspirasi menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II itu pun
terpaksa menggunakan 'fatwa' oleh Sheikh Hamdi Afandi Mali disebabkan oleh
sentimen masyarakat yang tidak mungkin merestui sebarang tindakan yang
tidak mendapat lampu hijau para Ulama'.

"Sesungguhnya pada kisah mereka itu terdapat pengiktibaran bagi mereka
yang berpemikiran" (Surah Yusuf: 111)

ABU SAIF
RABIUL AKHIR 1425H

Perang Salib Ketiga

Friday, December 2, 2005

Juga bagi bacaan sahabat tersayang 'Ana'.....
sama2 tingkatkan pengetahuan berkenaan sejarah....
Sebab sejarah membentuk kita sehingga ke hari ini...

Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakal yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.

Lane-Poole telah mencatatkan perjajian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192M, keseluruhanya menjadi milik meraka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian. Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian.

Walau bagaimana pun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi. Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja.

Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan daripada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Wafatnya Salahuddin

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas-pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja’afar seorang yang wara’ telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur’an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur’an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, “Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata” (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, “Memang benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Salahuddin yang Wara’
Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan. Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.

Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, “Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan. Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur’an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur’an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu’ semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendegarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya. Ia juga sangat berpegang teguh kepada rukun iman hinggakan ia telah mengarahkan anaknya al-Malik al-Zahir membunuh Suhrawady yang membawa ajaran sesat.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, “Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat. Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawanya, “Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampis subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. “Aku tidak tidur semalam” katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, “Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu ia bertanya, “Apa yang perlu ku lakukan?” Aku menjawab, “Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi’raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan “Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini”

Aku mengatakan kepadanya, “Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi”

Salahuddin yang Penyayang
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dipersalah-lakukan. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan.

Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, “Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa mengidar bilangan mereka.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

Perangai Salahuddin
Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.

Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Sauatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.

Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan. Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, “Cakap sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.

Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar ‘Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. “Aku tahu", kata Bahauddin, “Ia mengatakan dirinya".

Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit.

Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.

Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.

Kesungguhan dan Semangat
Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit kuat yang mengebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, “Penyakit akan peninggalkanku apabila kamu menunggang kuda".

Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. “Apabila ia sakit", kata Bahauddin, “Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam".

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betama beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perakara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketiak peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kelam kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.

Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suati hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, “Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai".

Salahuddin sebagai ulama
Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengeatahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur’an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.

Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur’an

Rujukan
• Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H. Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31, 32-33, 7,155

• Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99

Salahuddin Al Ayyubi, Pahlawan Islam dari Seratus Medan Pertempuran (1137 - 1193 M)

Tuesday, November 29, 2005

Artikel ini ku tuju khas buat kawan tersayang, ANA..! Selamat membaca...
"May Your Days being Blessed By Allah swt!"


Salahuddin Al Ayyubi, Pahlawan Islam (1137 - 1193 M)

Posted by: Admin on Sunday, May 22, 2005 - 01:15 PM
(article ni dr media Indonesia..)

Hudzaifah.org -
SULTAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI, namanya telah terpateri di hati sanubari pejuang Muslim dan telah terpahat dalam sejarah perjuangan umat Islam karena berjaya menggalahkan tentara salib yang merupakan tentera gabungan dari seluruh benua Eropah.

Konon guna membangkitkan kembali ruh jihad atau semangat di kalangan Islam yang saat itu telah tidur nyenyak dan telah lupa akan tongkat estafet yang telah diwariskan oleh Nabi Muhammad saw., maka Salahuddinlah yang mencetuskan ide dirayakannya kelahiran Nabi Muhammad saw. Melalui media peringatan itu dibeberkanlah sikap ksatria dan kepahlawanan pantang menyerah yang ditunjukkan melalui "Siratun Nabawiyah". Hingga kini peringatan itu menjadi tradisi dan membudaya di kalangan umat Islam.

Jarang sekali dunia menyaksikan sikap patriotik dan heroik bergabung menyatu dengan sifat perikemanusian seperti yang terdapat dalam diri pejuang besar itu. Rasa tanggung jawab terhadap agama (Islam) telah ia baktikan dan buktikan dalam menghadapi serbuan tentara ke tanah suci Palestina selama dua puluh tahun, dan akhirnya dengan kegigihan, keampuhan dan kemampuannya dapat memukul mundur tentara Eropa di bawah pimpinan Richard Lionheart dari Inggris.

Hendaklah diingat, bahwa Perang Salib adalah peperangan yang paling panjang dan dahsyat penuh kekejaman dan kebuasan dalam sejarah umat manusia, memakan korban ratusan ribu jiwa, di mana topan kefanatikan membabi buta dari Kristen Eropa menyerbu secara menggebu-gebu ke daerah Asia Barat yang Islam.

Seorang penulis Barat berkata, "Perang Salib merupakan salah satu bagian sejarah yang paling gila dalam riwayat kemanusiaan. Umat Nasrani menyerbu kaum Muslimin dalam ekspedisi bergelombang selama hampir tiga ratus tahun sehingga akhirnya berkat kegigihan umat Islam mereka mengalami kegagalan, berakibat kelelahan dan keputusasaan. Seluruh Eropa sering kehabisan manusia, daya dan dana serta mengalami kebangkrutan sosial, bila bukan kehancuran total. Berjuta-juta manusia yang tewas dalam medan perang, sedangkan bahaya kelaparan, penyakit dan segala bentuk malapetaka yang dapat dibayangkan berkecamuk sebagai noda yang melekat pada muka tentara Salib. Dunia Nasrani Barat saat itu memang dirangsang ke arah rasa fanatik agama yang membabi buta oleh Peter The Hermit dan para pengikutnya guna membebaskan tanah suci Palestina dari tangan kaum Muslimin".

"Setiap cara dan jalan ditempuh", kata Hallam guna membangkitkan kefanatikan itu. Selagi seorang tentara Salib masih menyandang lambang Salib, mereka berada di bawah lindungan gereja serta dibebaskan dari segala macam pajak dan juga untuk berbuat dosa.

Peter The Hermit sendiri memimpin gelombang serbuan yang kedua terdiri dari empat puluh ribu orang. Setelah mereka sampai ke kota Malleville mereka menebus kekalahan gelombang serbuan pertama dengan menghancurkan kota itu, membunuh tujuh ribu orang penduduknya yang tak bersalah, dan melampiaskan nafsu angkaranya dengan segala macam kekejaman yang tak terkendali. Gerombolan manusia fanatik yang menamakan dirinya tentara Salib itu mengubah tanah Hongaria dan Bulgaria menjadi daerah-daerah yang tandus.

"Bilamana mereka telah sampai ke Asia Kecil, mereka melakukan kejahatan-kejahatan dan kebuasan-kebuasan yang membuat alam semesta menggeletar" demikian tulis pengarang Perancis Michaud.

Gelombang serbuan tentara Salib ketiga yang dipimpin oeh seorang Rahib Jerman, menurut pengarang Gibbon terdiri dari sampah masyarakat Eropa yang paling rendah dan paling dungu. Bercampur dengan kefanatikan dan kedunguan mereka itu izin diberikan guna melakukan perampokan, perzinaan dan bermabuk-mabukan. Mereka melupakan Konstantin dan Darussalam dalam kemeriahan pesta cara gila-gilaan dan perampokan, pengrusakan dan pembunuhan yang merupakan peninggalan jelek dari mereka atas setiap daerah yang mereka lalui" kata Marbaid.

Gelombang serbuan tentara Salib keempat yang diambil dari Eropa Barat, menurut keterangan penulis Mill "terdiri dari gerombolan yang nekat dan ganas. Massa yang membabi buta itu menyerbu dengan segala keganasannya menjalankan pekerjaan rutinnya merampok dan membunuh. Tetapi akhirnya mereka dapat dihancurkan oleh tentara Hongaria yang naik pitam dan telah mengenal kegila-gilaan tentara Salib sebelumnya.

Tentara Salib telah mendapat sukses sementara dengan menguasai sebagian besar daerah Syria dan Palestina termasuk kota suci Yerusalem. Tetapi Kemenangan-kemenangan mereka ini telah disusul dengan keganasan dan pembunuhan terhadap kaum Muslimin yang tak bersalah yang melebihi kekejaman Jengis Khan dan Hulagu Khan.

John Stuart Mill ahli sejarah Inggris kenamaan, mengakui pembunuhan-pembunuhan massal penduduk Muslim ini pada waktu jatuhnya kota Antioch. Mill menulis: "Keluruhan usia lanjut, ketidakberdayaan anak-anak dan kelemahan kaum wanita tidak dihiraukan sama sekali oleh tentara Latin yang fanatik itu. Rumah kediaman tidak diakui sebagai tempat berlindung dan pandangan sebuah masjid merupakan pembangkit nafsu angkara untuk melakukan kekejaman. Tentara Salib menghancurleburkan kota-kota Syria, membunuh penduduknya dengan tangan dingin, dan membakar habis perbendaharaan kesenian dan ilmu pengetahuan yang sangat berharga, termasuk "Kutub Khanah" (Perpustakaan) Tripolis yang termasyhur itu. "Jalan raya penuh aliran darah, sehingga keganasan itu kehabisan tenaga," kata Stuart Mill. Mereka yang cantik rupawan disisihkan untuk pasaran budak belian di Antioch. Tetapi yang tua dan yang lemah dikorbankan di atas panggung pembunuhan.

Lewat pertengahan abad ke-12 Masehi ketika tentara Salib mencapai puncak kemenangannya dan Kaisar Jerman, Perancis serta Richard Lionheart Raja Inggris telah turun ke medan pertempuran untuk turut merebut tanah suci Baitul Maqdis, gabungan tentara Salib ini disambut oleh Sultan Shalahuddin al Ayyubi (biasa disebut Saladin), seorang Panglima Besar Muslim yang menghalau kembali gelombang serbuan umat Nasrani yang datang untuk maksud menguasai tanah suci. Dia tidak saja sanggup untuk menghalau serbuan tentara Salib itu, akan tetapi yang dihadapi mereka sekarang ialah seorang yang berkemauan baja serta keberanian yang luar biasa yang sanggup menerima tantangan dari Nasrani Eropa.

Siapakah Shalahuddin? Bagaimana latar belakang kehidupannya?

Shalahuddin dilahirkan pada tahun 1137 Masehi. Pendidikan pertama diterimanya dari ayahnya sendiri yang namanya cukup tersohor, yakni Najamuddin al-Ayyubi. Di samping itu pamannya yang terkenal gagah berani juga memberi andil yang tidak kecil dalam membentuk kepribadian Shalahuddin, yakni Asaduddin Sherkoh. Kedua-duanya adalah pembantu dekat Raja Syria Nuruddin Mahmud.

Asaduddin Sherkoh, seorang jenderal yang gagah berani, adalah komandan Angkatan Perang Syria yang telah memukul mundur tentara Salib baik di Syria maupun di Mesir. Sherkoh memasuki Mesir dalam bulan Februari 1167 Masehi untuk menghadapi perlawanan Shawer seorang menteri khalifah Fathimiyah yang menggabungkan diri dengan tentara Perancis. Serbuan Sherkoh yang gagah berani itu serta kemenangan akhir yang direbutnya dari Babain atas gabungan tentara Perancis dan Mesir itu menurut Michaud “memperlihatkan kehebatan strategi tentara yang bernilai ringgi.”

Ibnu Aziz AI Athir menulis tentang serbuan panglima Sherkoh ini sebagai berikut: "Belum pernah sejarah mencatat suatu peristiwa yang lebih dahsyat dari penghancuran tentara gabungan Mesir dan Perancis dari pantai Mesir, oleh hanya seribu pasukan berkuda".

Pada tanggal 8 Januari 1169 M Sherkoh sampai di Kairo dan diangkat oleh Khalifah Fathimiyah sebagai Menteri dan Panglima Angkatan Perang Mesir. Tetapi sayang, Sherkoh tidak ditakdirkan untuk lama menikmati hasil perjuangannya. Dua bulan setelah pengangkatannya itu, dia berpulang ke rahmatullah.

Sepeninggal Sherkoh, keponakannya Shalahuddin al-Ayyubi diangkat jadi Perdana Menteri Mesir. Tak seberapa lama ia telah disenangi oleh rakyat Mesir karena sifat-sifatnya yang pemurah dan adil bijaksana itu. Pada saat khalifah berpulang ke rahmatullah, Shalahuddin telah menjadi penguasa yang sesungguhnya di Mesir.

Di Syria, Nuruddin Mahmud yang termasyhur itu meninggal dunia pada tahun 1174 Masehi dan digantikan oleh putranya yang berumur 11 tahun bernama Malikus Saleh. Sultan muda ini diperalat oleh pejabat tinggi yang mengelilinginya terutama (khususnya) Gumushtagin. Shalahuddin mengirimkan utusan kepada Malikus Saleh dengan menawarkan jasa baktinya dan ketaatannya. Shalahuddin bahkan melanjutkan untuk menyebutkan nama raja itu dalam khotbah-khotbah Jumatnya dan mata uangnya. Tetapi segala macam bentuk perhatian ini tidak mendapat tanggapan dari raja muda itu berserta segenap pejabat di sekelilingnya yang penuh ambisi itu. Suasana yang meliputi kerajaan ini sekali lagi memberi angin kepada tentara Salib, yang selama ini dapat ditahan oleh Nuruddin Mahmud dan panglimanya yang gagah berani, Jenderal Sherkoh.

Atas nasihat Gumushtagin, Malikus Saleh mengundurkan diri ke kota Aleppo, dengan meninggalkan Damaskus diserbu oleh tentara Perancis. Tentara Salib dengan segera menduduki ibukota kerajaan itu, dan hanya bersedia untuk menghancurkan kota itu setelah menerima uang tebusan yang sangat besar. Peristiwa itu menimbulkan amarah Shalahuddin al-Ayyubi yang segera ke Damaskus dengan suatu pasukan yang kecil dan merebut kembali kota itu.

Setelah ia berhasil menduduki Damaskus dia tidak terus memasuki istana rajanya Nuruddin Mahmud, melainkan bertempat di rumah orang tuanya. Umat Islam sebaliknya sangat kecewa akan tingkah laku Malikus Saleh. dan mengajukan tuntutan kepada Shalahuddin untuk memerintah daerah mereka. Tetapi Shalahuddin hanya mau memerintah atas nama raja muda Malikus Saleh. Ketika Malikus Saleh meninggal dunia pada tahun 1182 Masehi, kekuasaan Shalahuddin telah diakui oleh semua raja-raja di Asia Barat.

Diadakanlah gencatan senjata antara Sultan Shalahuddin dan tentara Perancis di Palestina, tetapi menurut ahli sejarah Perancis Michaud: "Kaum Muslimin memegang teguh perjanjiannya, sedangkan golongan Nasrani memberi isyarat untuk memulai lagi peperangan." Berlawanan dengan syarat-syarat gencatan senjata, penguasa Nasrani Renanud atau Reginald dari Castillon menyerang suatu kafilah Muslim yang lewat di dekat istananya, membunuh sejumlah anggotanya dan merampas harta bendanya.

Lantaran peristiwa itu Sultan sekarang bebas untuk bertindak. Dengan siasat perang yang tangkas Sultan Shalahuddin mengurung pasukan musuh yang kuat itu di dekat bukit Hittin pada tahun 1187 M serta menghancurkannya dengan kerugian yang amat besar. Sultan tidak memberikan kesempatan lagi kepada tentara Nasrani untuk menyusun kekuatan kembali dan melanjutkan serangannya setelah kemenangan di bukit Hittin. Dalam waktu yang sangat singkat dia telah dapat merebut kembali sejumlah kota yang diduduki kaum Nasrani, termasuk kota-kota Naplus, Jericho, Ramlah, Caosorea, Arsuf, Jaffa dan Beirut. Demikian juga Ascalon telah dapat diduduki Shalahuddin sehabis pertempuran yang singkat yang diselesaikan dengan syarat-syarat yang sangat ringan oleh Sultan yang berhati mulia itu.

Sekarang Shalahuddin menghadapkan perhatian sepenuhnya terhadap kota Jerusalem yang diduduki tentara Salib dengan kekuatan melebihi enam puluh ribu prajurit. Ternyata tentara salib ini tidak sanggup menahan serbuan pasukan Sultan dan menyerah pada tahun 1193. Sikap penuh perikemanusiaan Sultan Shalahuddin dalam memperlakukan tentara Nasrani itu merupakan suatu gambaran yang berbeda seperti langit dan bumi, dengan perlakuan dan pembunuhan secara besar-besaran yang dialami kaum Muslimin ketika dikalahkan oleh tentara Salib sekitar satu abad sebelumnya.

Menurut penuturan ahli sejarah Michaud, pada waktu Jerusalem direbut oleh tentara Salib pada tahun 1099 Masehi, kaum Muslimin dibunuh secara besar-besaran di jalan-jalan raya dan di rumah-rumah kediaman. Jerusalem tidak memiliki tempat berlindung bagi umat Islam yang menderita kekalahan itu. Ada yang melarikan diri dari cengkeraman musuh dengan menjatuhkan diri dari tembok-tembok yang tinggi, ada yang lari masuk istana, menara-menara, dan tak kurang pula yang masuk masjid. Tetapi mereka tidak terlepas dari kejaran tentara Salib. Tentara Salib yang menduduki masjid Umar di mana kaum Muslimin dapat bertahan untuk waktu yang singkat. mengulangl lagi tindakan-tindakan yang penuh kekejaman. Pasukan infanteri dan kavaleri menyerbu kaum pengungsi yang lari tunggang langgang. Di tengah-tengah kekacaubalauan kaum peenyerbu itu yang terdengar hanyalah erangan dan teriakan maut. Pahlawan Salib yang berjasa itu berjalan menginjak-injak tumpukan mayat Muslimin, mengejar mereka yang masih berusaha dengan sia-sia melarikan diri. Raymond d' Angiles yang menyaksikan peristiwa itu mengatakan bahwa “di serambi masjid mengalir darah sampai setinggi lutut, dan sampai ke tali tukang kuda prajurit.”

Penyembelihan manusia biadab ini berhenti sejenak, ketika tentara Salib berkumpul untuk melakukan misa syukur atas kemenangan yang telah mereka peroleh. Tetapi setelah beribadah itu, mereka melanjutkan kebiadaban dengan keganasan. “Semua tawanan” kata Michaud, “yang tertolong nasibnya karena kelelahan tentara Salib yang semula tertolong karena mengharapkan diganti dengan uang tebusan yang besar, semua dibunuh dengan tanpa ampun. Kaum Muslimin terpaksa menjatuhkan diri mereka dari menara dan rumah kediaman; mereka dibakar hidup-hidup, mereka diseret dari tempat persembunyiannya di bawah tanah; mereka dipancing dari tempat perlindungannya agar keluar untuk dibunuh di atas timbunan mayat.”

Cucuran air mata kaum wanita, pekikan anak-anak yang tak bersalah, bahkan juga kenangan dari tempat di mana Nabi lsa memaafkan algojo-algojonya, tidak dapat meredakan nafsu angkara tentara yang menang itu. Penyembelihan kejam itu berlangsung selama seminggu. Dan sejumlah kecil yang dapat melarikan diri dari pembunuhan jatuh menjadi budak yang hina dina.

Seorang ahli sejarah Barat, Mill menambahkan pula: “Telah diputuskan, bahwa kaum Muslimin tidak boleh diberi ampun. Rakyat yang ditaklukkan oleh karena itu harus diseret ke tempat-tempat umum untuk dibunuh hidup-hidup. Ibu-ibu dengan anak yang melengket pada buah dadanya, anak-anak laki-laki dan perempuan, seluruhnya disembelih. Lapangan-Iapangan kota, jalan-jalan raya, bahkan pelosok-pelosok Jerusalem yang sepi telah dipenuhi oleh bangkai-bangkai mayat laki-laki dan perempuan, dan anggota tubuh anak-anak. Tiada hati yang menaruh belas kasih atau teringat untuk berbuat kebajikan.”

Demikianlah rangkaian riwayat pembantaian secara masal kaum Muslimin di Jerusalem sekira satu abad sebelum Sultan Shalahuddin merebut kembali kota suci, di mana lebih dari tujuh puluh ribu umat Islam yang tewas.

Sebaliknya, ketika Sultan Shalahuddin merebut kembali kota Jerusalem pada tahun 1193 M, dia memberi pengampunan umum kepada penduduk Nasrani untuk tinggal di kota itu. Hanya para prajurit Salib yang diharuskan meninggalkan kota dengan pembayaran uang tebusan yang ringan. Bahkan sering terjadi bahwa Sultan Shalahuddin yang mengeluarkan uang tebusan itu dari kantongnya sendiri dan diberikannya pula kemudian alat pengangkutan. Sejumlah kaum wanita Nasrani dengan mendukung anak-anak mereka datang menjumpai Sultan dengan penuh tangis seraya berkata: “Tuan saksikan kami berjalan kaki, para istri serta anak-anak perempuan para prajurit yang telah menjadi tawanan Tuan, kami ingin meninggalkan negeri ini untuk selama-lamanya. Para prajurit itu adalah tumpuan hidup kami. Bila kami kehilangan mereka akan hilang pulalah harapan kami. Bilamana Tuan serahkan mereka kepada kami mereka akan dapat meringankan penderitaan kami dan kami akan mempunyai sandaran hidup.”

Sultan Shalahuddin sangat tergerak hatinya dengan permohonan mereka itu dan dibebaskannya para suami kaum wanita Nasrani itu. Mereka yang berangkat meninggalkan kota, diperkenankan membawa seluruh harta bendanya. Sikap dan tindakan Sultan Shalahuddin yang penuh kemanusiaan serta dari jiwa yang mulia ini memperlihatkan suasana kontras yang sangat mencolok dengan penyembelihan kaum Muslimin di kota Jerusalem dalam tangan tentara Salib satu abad sebe1umnya. Para komandan pasukan tentara Shalahuddin saling berlomba dalam memberikan pertolongan kepada tentara Salib yang telah dikalahkan itu.

Para pelarian Nasrani dari kota Jerusalem itu tidaklah mendapat perlindungan oleh kota-kota yang dikuasai kaum Nasrani. “Banyak kaum Nasrani yang meninggalkan Jerusalem,” kata Mill, pergi menuju Antioch, tetapi panglima Nasrani Bohcmond tidak saja menolak memberikan perlindungan kepada mcreka, bahkan merampasi harta benda mereka. Maka pergilah mereka menuju ke tanah kaum Muslimin dan diterima di sana dengan baik. Michaud mcmberikan keterangan yang panjang lebar tentang sikap kaum Nasrani yang tak berperikemanusiaan ini terhadap para pelarian Nasrani dari Jerusalem. Tripoli menutup pintu kotanya dari pengungsi ini, kata Michaud. “Seorang wanita karena putus asa melemparkan anak bayinya ke dalam laut sambil menyumpahi kaum Nasrani yang menolak untuk memberikan pertolongan kepadanya,” kata Michaud. Sebaliknya Sultan Shalahuddin bersikap penuh timbang rasa terhadap kaum Nasrani yang ditaklukkan itu. Sebagai pertimbangan terhadap perasaan mereka, dia tidak memasuki Jerusalem sebelum mereka meninggalkannya.

Dari Jerusalem Sultan Shalahuddin mengarahkan pasukannya ke kota Tyre, di mana tentara Salib yang tidak tahu berterima kasih terhadap Sultan Shalahuddin yang telah mengampuninya di Jerusalem, menyusun kekuatan kembali untuk melawan Sultan. Sultan Shalahuddin menaklukkan sejumlah kota yang diduduki oleh tentara Salib di pinggir pantai, termasuk kota Laodicea, Jabala, Saihun, Becas, dan Debersak. Sultan telah melepas hulu balang Perancis bernama Guy de Lusignan dengan perjanjian, bahwa dia harus segera pulang ke Eropa. Tetapi tidak lama setelah pangeran Nasrani yang tak tahu berterima kasih ini mendapatkan kebebasannya, dia mengingkari janjinya dan mengumpulkan suatu pasukan yang cukup besar dan mengepung kota Ptolemais.

Jatuhnya Jerusalem ke tangan kaum Muslimin menimbulkan kegusaran besar di kalangan dunia Nasrani. Sehingga mereka segera mengirimkan bala bantuan dari seluruh pelosok Eropa. Kaisar Jerman dan Perancis serta raja Inggris Richard Lion Heart segera berangkat dengan pasukan yang besar untuk merebut tanah suci dari tangan kaum Muslimin. Mereka mengepung kota Akkra yang tidak dapat direbut selama berapa bulan. Dalam sejumlah pertempuran terbuka, tentara Salib mengalami kekalahan dengan meninggalkan korban yang cukup besar.

Sekarang yang harus dihadapi Sultan Shalahuddin ialah berupa pasukan gabungan dari Eropa. Bala bantuan tentara Salib mengalir ke arah kota suci tanpa putus-putusnya, dan sungguh pun kekalahan dialami mereka secara bertubi-tubi, namun demikian tentara Salib ini jumlah semakin besar juga. Kota Akkra yang dibela tentara Islam berbulan-bulan lamanya menghadapi tentara pilihan dari Eropa, akhirnya karena kehabisan bahan makanan terpaksa menyerah kepada musuh dengan syarat yang disetujui bersama secara khidmat, bahwa tidak akan dilakukan pembunuhan-pembunuhan dan bahwa mereka diharuskan membayar uang tebusan sejumlah 200.000 emas kepada pimpinan pasukan Salib. Karena kelambatan dalam suatu penyelesaian uang tebusan ini, Raja Richard Lionheart menyuruh membunuh kaum Muslimin yang tak berdaya itu dengan dan hati yang dingin di hadapan pandangan mata saudara sesama kaum Muslimin.

Perilaku Raja Inggris ini tentu saja sangat menusuk perasaan hati Sultan Shalahuddin. Dia bernadzar untuk menuntut bela atas darah kaum Muslimin yang tak bersalah itu. Dalam pertempuran yang berkecamuk sepanjang 150 mil garis pantai, Sultan Shalahuddin memberikan pukulan-pukulan yang berat terhadap tentara Salib.

Akhirnya Raja Inggris yang berhati singa itu mengajukan permintaan damai yang diterima oleh Sultan. Raja itu merasakan bahwa yang dihadapinya adalah seorang yang berkemauan baja dan tenaga yang tak terbatas serta menyadari betapa sia-sianya melanjutkan perjuangan terhadap orang yang demikian itu. Dalam bulan September 1192 Masehi dibuatlah perjanjian perdamaian. Tentara Salib itu meninggalkan tanah suci dengan ransel dengan barang-barangnya kembali menuju Eropa.

"Berakhirlah dengan demikian serbuan tentara Salib itu" tulis Michaud "di mana gabungan pasukan pilihan dari Barat merebut kemenangan tidak lebih daripada kejatuhan kota Akkra dan kehancuran kota Askalon. Dalam pertempuran itu Jerman kehilangan seorang kaisarnya yang besar beserta kehancuran tentara pilihannya. Lebih dari enam ratus ribu orang pasukan Salib mendarat di depan kota Akkra dan yang kembali pulang ke negerinya tidak lebih dari seratus ribu orang. Dapatlah dipahami mengapa Eropa dengan penuh kesedihan menerima hasil perjuangan tentara Salib itu, oleh karena yang turut dalam pertempuran terakhir adalah tentara pilihan. Bunga kesatria Barat yang menjadi kebanggaan Eropa telah turut dalam pertempuran ini.

Sultan Shalahuddin mengakhiri sisa-sisa hidupnya dengan kegiatan-kegiatan bagi kesejahteraan masyarakat dengan membangun rumah sakit, sekolah-sekolah, perguruan-perguruan tinggi serta masjid-masjid di seluruh daerah yang diperintahnya.

Tetapi sayang, dia tidaklah ditakdirkan untuk lama merasakan nikmat perdamaian. Beberapa bulan kemudian dia pulang ke rahmatullah pada tanggal 4 Maret tahun 1193. "Hari itu merupakan hari musibah besar, yang belum pernah dirasakan oleh dunia Islam dan kaum Muslimin, semenjak mereka kehilangan Khulafa Ar-Rasyidin" demikian tulis seorang penulis Islam. Kalangan Istana seluruh daerah kerajaan berikut seluruh umat Islam tenggelam dalam lautan duka nestapa. Seluruh isi kota mengikuti usungan jenazahnya ke kuburan dengan penuh kesedihan dan tangisan.

Demikianlah berakhirnya kehidupan Sultan Shalahuddin, seorang raja yang sangat dalam perikemanusiaannya dan tak ada tolok bandingannya, jiwa kepahlawanan yang dimilikinya dalam sejarah kemanusiaan. Dalam pribadinya, Allah telah melimpahkan hati seorang Muslim yang penuh kasih sayang terhadap kemanusiaan dicampur dengan sangat harmonis dengan keperkasaan seorang genius dalam medan pertempuran. Utusan yang menyampaikan berita kematiannnya itu ke Baghdad membawa serta baju perangnya, kudanya, uang sebanyak satu dinar dan 36 dirham sebagai milik pribadinya yang masih ketinggalan. Orang yang hidup satu zaman dengannya, serta segenap ahli sejarah sama sependapat bahwa Sultan Shalahuddin adalah seorang yang sangat lemah lembut hatinya, ramah tamah, sabar, seorang sahabat yang baik dari kaum cendekiawan dan golongan ulama yang diperlakukannya dengan rasa hormat yang mendalam serta dengan penuh kebajikan. "Di Eropa" tulis Philip K Hitti, dia telah menyentuh alam khayalan para penyanyi maupun para penulis novel zaman sekarang, dan masih tetap dinilai sebagai suri teladan kaum kesatria.

Semoga Allah melapangkan kuburnya.

Disarikan dari:

1. Shalahuddin al-Ayyubi, oleh Kwaja Jamil Ahmad (Lihat: Suara Masjid No. 91, Jumadil Akhir-Rajab 1402 H/April 1982 M)

2. The Preaching of Islam, oleh Thomas W. Arnold.

NB:

- "Shalahuddin", kadang ditulis dengan ejaan: Saladin (biasanya oleh Barat), Sholahuddin, atau Salahuddin.

- Saat ini, sineas Barat sedang membuat film berjudul "Kingdom of Heaven". Film tersebut, terlepas benar atau tidaknya isi cerita, berkaitan dengan tokoh Shalahuddin ini.

Tangisan Rindu....

Thursday, November 10, 2005

Assalamualaikum wbt,

Sesaat yang lepas, hati tiba2 terdetik......

"masyaAllah.... Ramadhan dah abih! Raya pun dah berlalu......"
cepat sungguh masa berlalu....tik tik tik...jarum jam panjang setia berdetik sejak hari aku beli sampai sekarang....

Hari tu, masa belum balik msia for summer break, rasa ternanti2 tarikh keramat tiket pulang ker Msia.....tp masa tu mmg dah dpt agak, time would be running so fast..and sedar2 jer dah nak balik manchester balik...huhu......

Itu, beberapa bulan lepas....sekarang pluk, saat2 kat Malaysia dah tinggal kenangan dah..... Ya Allah.....sekarang aku sedar betapa benarlah kata2 Mu (ShodaQaLlah al-Azim) bahawa pada akhir zaman, masa akan menjadi pendek......SGT pendek!!

Bila pikirkan betapa kenangan itu sgt BESAR MAKNANYA

KENANGAN....adalah SEJARAH
SEJARAH juga adalah KEHIDUPAN...
kehidupan yang lepas
..yg pernah berlaku
...yang mana terdapatnya harapan
..terdapatnya cita2...
terdapatkan people......

SEJARAH...... Betapa nilai sejarah sering kali aku lupa...dulu masa belajar kat sekolah, aku xsuka sgt sejarah...sbb kene hafal, kene ingat tarikh2...and nama2 plik....Xder penghayatan mungkin..

Teringat Nabi Adam, Nabi Ibrahim, Nabi Isa, Nabi Musa, dan RasuluLlah saw....semuanya HIDUP pada zaman sebelum kita....Segala Hardship yang mereka tempuhi adalah BENAR2 dialami...mereka diseksa....pun benar......(tidak tergambar oleh fikiran kita skrg sbb kita tidak merasainya....). Teringat Ulama' yang dulu hidup mereka ditindas kejam oleh pemerintah yang bencikan Islam...sehingga mereka mati dibunuh kerananya.....

Kalau kita dizaman itu, mungkin kita pun akan terfikir, akan ada ker org yg akan ingat zaman kita ni? Perjuangan kita untuk sebarkan Islam supaya mereka boleh kecapi kelazatan dan Nikmat Islam seperti mana yg kita rasa...adakah akan sampai pada mereka? adakah akan diteruskan?..ataukah hanya akan dicemuh? atau untuk dipertikaikan? atau ditolak ketepi sahaja dgn alasan ia sudah lapok dan tidak praktikal lagi????............kalau mereka tau jawapan2 kepada sumer soklan itu, pasti mereka kecewa..kerana pengorbanan mereka tidak bernilai sedikitpun pada diri kita skrg.......Kalau bernilai, kenapa masih keras hati untuk titiskan air mata walau setitis??? MEngapa????

Dulu, kalau baca atau dengar cerita2 pasal mereka...tak pernah otak ni menggambarkan keadaan yg mereka alamai dulu...tak pernah nak letak diri ditempat mereka...cth, ditempah Sumayyah ibu Amar yg diseksa sehingga mati syahid disula depan Amar sendiri...MasyaAllah...
Dulu, boleh gelak2 kalau dengar cerita sejarah sbb penceramah kekadang buat lawak nak bagi pendengar tak ngantuk.......tak pernah nak larut dlm cerita2 tu, atau sama2 menangis mengenangkan penderitaan mereka disebabkan agama ISLAM..disebabkan perintah berdakwah telah sampai pada mereka......

Kalau mereka diseksa sedemikian rupa..kenapa kita skrg takut untuk sedikit penyeksaan kerana tanggungjawab yang sama?.....kurang penghayatan mungkin..... Rindu RasuluLlah saw!!!!! Kalaulah aku hidup dizaman baginda...mungkin keyakinan berganda2 mantap.....mungkin sekali jugak aku akan dibunuh kerana keyakinan itu.....tp berbaloi sbb RasuluLlah selalu khabarkan berkenaan Syurga bagi org yg mati syahid....

Kenapa skrg beza? Syurga untuk org dulu2 jer ker?....Skrg offer tu dah tutup ker?....Kita dah tak leh dapat syurga ker?....

وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتَ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُوْلَـئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلاَ يُظْلَمُونَ نَقِيرًا
If any do deeds of righteousness,- be they male or female - and have faith, they will enter Heaven, and not the least injustice will be done to them. An-Nissa:124


"YA ALLLAH.....
KAU MATIKAN LAH AKU DLM KEREDHAAN....DALAM KASIH SAYANG MU...BEGITU JUGA DGN SEMUA UMAT ISLAM YG LAIN.....
KAMI LUPA...KAU INGATKANLAH....
KAMI LALAI...KAU TARIKLAH KAMI SEMULA KEJALANMU....
AMEEN"

just nak luahkan perasan..huhu

wassalam

Kewajipan vs Masa

Wednesday, November 9, 2005

Assalamualaikum wbt,

Baru2 ni, rasa cam sesak nafas sbb byk sungguh kerja yg tertunda2 dan list tugas berjela2 tunggu masa untuk disiapkan....
Tang tu lah otak ligat mencari alasan...kenapa? why? how? dan byk lagi lah persoalan2 lain..(MasyaAllah.....xbaik merungut2...Nabi marah...Allah swt murka...tanda tidak bersyukur...!!!!)

Kata sorang kakak ni bila dgr benda ni, "cuba awak listkn benda2 yang kene buat...buat satu2..barulah hidup teratur..."huhu..pernah diusahakan....akan cuba beristiqamah...(Ya Allah...Kau tolong lah hamba mu ini untuk beristiqamah..Ameen)

Yg nak diceritakan disini adalah apa yang sorang lagi kakak berkata2...yg benar2 terkesan pada diri sendiri

Katanya "Ingat tak apa kata As-Syaheed Hassan Al-Banna?"

Saya geleng....sbb mmg tak tau pun

"kewajipan adalah lebih byk dari masa yg kita ada.." jwb dia selamba..sambil pandang jauh kedepan (xlihat sy pun...)

Ush.....saya tersentak.....

KEWAJIPAN!! mmg byk...xpernah putus sehinggalah kita dijemput Allah swt kembali...XLEH NAK KATA TIDAK SBB SUMER NYER WAJIB....Aku hambanya, aku khalifah, jawatan yg Gunung sendiri hancur kerana tidak mampu memikul beban ini....

MASA!!!..........sejak dulu mmg 24JAM SEHARI....TIDAK pernah LEBIH dan TIDAK pernah berKURANG....

Jadi?.................

.........
.........
Apa yg boleh ku simpulkan adalah:

Bukan Kewajipan yg kene ikut masa aku......tp aku yg kene pandai menguruskan masa supaya semua kewajipan2 itu terlaksana..DEMI MENDAPAT CINTA MU YA ALLAH!!!! (biasa dgr ayat ni dlm nasyid2 tp kurang penghayatan sungguh masa dulu2....apakan daya...)

Orite, mulai sekarang, bersyukur sbb masih diberikan peluang tuk sedar akan semua ini....
bertindak dengan kesedaran yg ada....

Be passionate in anything u do....Allah swt WILL help, and He knows what's inside the small heart of urs...

Allah guide!!

wassalam

Salahudin Al-Ayyubi

Tuesday, November 8, 2005

Cerpen : Salahuddin

Sutradara : Ahmad Fadhli Shaari
(6 Ogos 1998)

Cahaya mentari yang membolosi celah-celah dedaun pohon menyedarkan aku dari tidur. Aku membuka mata dan memandang sekeliling.
`Di mana aku sekarang..?" Hatiku membisik. Ya, segala-galanya cukup asing bagiku. Bagaimana aku boleh sampai ke sini. Padang pasir yang cukup tandus dari sebarang pohon kecuali pohon kurma tempat aku tertidur tadi. Aku cuba memerah ingatanku. Semalam, selepas pulang dari majlis ceramah, aku tidur di asrama. Bertakbir di tengah hujan lebat memang cukup memenatkan apalagi di tengah ribuan pendengar ceramah politik yang cukup berapi-api, aku terpaksa mencelah-celah untuk mendapatkan sudut yang terbaik. Ya, aku cukup letih semalam menyebabkan aku tidur terlalu nyenyak, namun aku begitu pasti bahawa aku tidur di atas katilku. Tapi, pagi ini aku dah sampai ke sini, tempat yang cukup asing bagiku.
Sedang aku terpingga-pingga, datang dua orang berkuda yang berpakaian seperti tentera Arab dahulukala.
"Assalamualaikum.." Aku memberi salam dengan penuh harapan.
"Apa yang anda lakukan seorang diri di sini.." Salah seorang dari mereka bertanya (tentunya dalam bahasa Arab) selepas menjawab salamku.
"Saya tidak tahu bagaimana saya boleh sampai ke sini. Err… di manakah kita berada sekarang ini..?" Aku bertanya juga dalam bahasa Arab. Untung juga aku agak boleh menguasai bahasa ini. Salah seorang dari mereka turun dari kuda lalu memeriksaku.
"Maafkan kami, setiap orang yang tidak dikenali tiba ke sini terpaksa kami periksa dengan teliti untuk melindungi kota itu daripada ejen tentera salib.."
"Kota itu? Kota mana?" Aku meminta kepastian.
"Saudara, kami dalam perjalanan untuk ke kota Jurusalem. Tentera muslimin pimpinan Sultan Salahuddin telah berjaya merampas kembali kota Jurusalem. Hari ini, solat Jumaat pertama kali akan didirikan di Masjidil Aqsa. Adakah anda juga mahu ke sana?"
Jurusalem? Salahuddin? Masjidil Aqsa? Adakah aku bermimpi? Aku mencubit lenganku secukup rasa untuk memberi kepastian. Boleh tahan sakitnya.
"Saudara, saudara mahu ke sana? Kami boleh tumpangkan."
"Err.. er… ya. Tapi.. saudara, aku sudah lupa tarikh hari ini."
"4 Sya’ban tahun ke 491 Hijrah.."
Aku terlopong.

************

Mereka adalah singa di siang hari dan abid di malam hari, itulah penialaianku terhadap mereka. Beberapa hari di perkhemahan tentera Salahuddin Al-Ayubi memberi kesan yang cukup mendalam terhadap diriku sendiri. Aku bergaul dengan mereka seperti biasa. Walaupun mungkin pertuturan dan pengenalan diriku masih tidak diketahui oleh mereka, namun ikatan ukhuwwah Islam telah mengikat hati-hati kami. Barisan tentera inilah yang berjaya menakluki Baitul Muqaddis. Tentera-tentera seperti inilah yang diberi pertolongan oleh Allah SWT.
Dari jauh kelihatan sesusuk tubuh tegap berjalan menghampiri pasukan tentera. Itulah Salahuddin Al-Ayubi, seorang yang agung sebagaimana yang telah diukir oleh pena emas sejarah Islam. Sebagaimana yang tercatit di lembaran suci keagungan Islam, dialah Salahuddin. Haruskah aku memberitahunya identiti diriku? Masih tidak perlu rasanya.
"Saudara-saudara sekalian.." Salahuddin Al-Ayubi memulakan ucapannya.
"Demi Allah yang jiwa kita berada di tanganNya, sesungguhnya perjuangan untuk menegakkan kebenaran ini tidak akan selesai sehinggalah kita mengadap Allah SWT. Yakinlah, debu-debu pepasir yang anda harungi adalah permata yang akan menantimu di syurga kelak." Salahuddin mematikan bicaranya. Matanya memandang sekeliling. Tiba-tiba aku sedari Salahuddin sedang memandang tepat kepadaku dan tersenyum.
"Saudara-saudara sekalian, kita mendapat maklumat bahawa kota Aka’ yang telah dikuasai oleh muslimin telah dikepung kembali. Esok, kita semua akan berangkat ke kota Aka’ untuk membebaskannya.." Salahuddin menghentikan ucapan dan pulang ke khemahnya.

*************

Malam itu, malam untuk pertempuran keesokannya yang tentunya amat dahsyat bagaikan satu pesta bagi tentera-tentera ini. Mereka semua bangun untuk bertahajjud memohon pertolongan daripada Allah. Aku terharu. Amat jauh berbeza rasanya tentera Salahuddin dengan para pejuang Islam di akhir abad ke 20. Tentera Salahuddin begitu ikhlas dalam perjuangan mereka tapi abad ke 20 menyaksikan ramai pejuang Islam bercakaran sesama sendiri hanya kerana pangkat di dalam parti sendiri. Noda-noda dosa terpalit sama kepada mereka yang mengaku memperjuangkan Islam. Sudah ramai yang hanya menjadikan Islam sebagai pentas untuk mencari makan. Keikhlasan bagaikan permata di padang pasir, amat susah untuk ditemui bahkan untuk menemukan perbezaan ciri-ciri pejuang Islam dengan pejuang sekular amat payah sekali. Kalau Salahuddin berjaya mentarbiah jiwa tenteranya agar takut hanya kepada Allah namun di abad 20, para pemuda Islam yang tidak ditarbiah hati-hati mereka hanya dibekalkan semangat berkobar-kobar untuk mendapat kemenangan. Akibatnya, bahtera perjuangan mereka mudah roboh bila datangnya ombak ganas yang melanda. Kalaulah begini keadaanya, menantikan kemenangan bagaikan menunggu terbitnya bulan di tengah siang.
Tidak semena-mena mengalir air mataku mengenangkan keadaan ini. Adakah betul jalan yang kupilih selama ini. Adakah layak untukku menggelarkan diri ini sebagai pejuang Islam? Aku jatuh terjelepuk di atas debu-debu kekesalan.
"Saudara.." tiba-tiba bahuku ditepuk. Aku berpaling.
"Tuan Salahuddin.."
"Sahabatku dari jauh.." Salahuddin memulakan bicaranya seraya tersenyum. Aku tidak terkejut dengan kata-katanya. Sejak awal lagi, aku sudah menduga bahawa Salahuddin mengetahui siapa diriku. Mungkin dengan firasat, kurniaan Allah hanya kepada pemimpin bertaqwa yang tandus di zamanku.
"Kenapa anda menangis?"
"Tuan Salahuddin, adakah anda juga akan menangis andainya aku beritahu bahawa Masjidil Aqsa yang tuan bebaskan akan dirampas kembali oleh bangsa Yahudi?" Salahuddin kulihat tidak terkejut dengan kata-kataku namun riak mukanya membayangkan kesedihan yang tiba-tiba melanda.
"Sahabatku, di zamanmu umat Islam sudah menukar kiblat mereka. Walaupun ketika sembahyang mereka mengadap kiblat, namun pada hakikatnya mereka sudah mengadap Barat dari semua segi.." Amat teratur sekali bicara pemimpin lagenda di hadapanku ini. Salahuddin bangun dan merenung jauh.
"Tuan Salahuddin, bagaimanakah anda boleh berjaya?"
"Allah SWT tidak akan bertanya tentang kemenangan sahabatku, kita hanya akan ditanya tentang usaha kita. Namun, sebagai pejuang, tentunya kita mengidamkan kemenangan. Kami telah dikepung oleh musuh-musuh itu dari segenap segi. Dari laut dan darat, tapi kami tidak takut. Kami memohon pertolongan hanya kepada Allah, tidak kepada manusia, juga tidak kepada PBB.."
Aku tersentak. Salahuddin seolah-olah cuba menyindir.
"Tuan Salahuddin, adakah kami juga boleh berjaya?"
"Itu hak Allah. Namun pasukanmu masih belum cukup syarat untuk pertolongan Allah. Kamu membelakangi Al-Quran, kamu bercakaran sesama sendiri, sedangkan musuh-musuhmu bertepuk sorak meraikan perpecahan umatmu.
Sahabatku, sedarlah bahawa Islam tidak akan tertegak hanya melalui pidato yang berkobar-kobar, tidak hanya melalui laungan takbir, juga tidak hanya melalui kritikan semata-mata, tapi akan tertegak apabila pasukanmu dan juga para pimpinanmu menepati syarat-syarat untuk digelar parti Allah. Selagi mana kau terus terikut-ikut dengan perjuangan Islam ala-Barat, maka selagi itulah, kamu semua dianggap menolak pertolongan. Kami tidak ada tentera nyamuk untuk mengalahkan Namrud, juga tidak ada tongkat Nabi Musa untuk menelan ular Firaun, namun kami mempunyai sebutir permata bernama ada keyakinan, sebiji berlian bernama keimanan. Kunci kemenangan, jadilah singa di siang hari, abid di malam hari." Salahuddin menatap tepat ke wajahku. Dari poketnya dikeluarkan seutas tasbih lalu diberikan kepadaku.
"Tangan kami memegang pedang di siang hari, tangan ini jugalah yang menggenggam tasbih di malam hari….
"Tuan Salahuddin, kami terlalu lemah untuk itu...."
"Kelemahan diri tidak menjadi alasan untuk duduk berteleku menunggu kemenangan dari langit. Yakinlah, seandainya kamu hanya bersenjatakan sebiji timba untuk menghabiskan musuh seperti lautan, tapi setiap kali engkau menimba lautan, walaupun nampak tidak berkesan tetapi hakikatnya lautan itu telah kehilangan air sebanyak sebiji timba. Walaupun usahamu tidak berkesan, tetapi hakikatnya engkau telah berusaha.." Salahuddin berhenti seketika. Aku merenung tepat ke wajahnya, mencari erti di sebalik kata-katanya yang penuh makna itu.
"Bangunlah sahabatku, tempatmu bukan di sini. Kami telah melaksanakan tugas kami, kamu pula mempunyai tugasmu sendiri. Kibarkan bendera jihad, tegakkan syiar ini. Kami yakin dan kamu juga harus yakin, antara syurga dan kemenangan menunggu kita. Teguhlah di atas landasan yang betul, walaupun kau keseorangan nanti."
Aku hanya mampu tunduk dan terpaku, tidak mampu berkata apa-apa. Bagaikan Ibnu Khattab yang terpaku apabila membaca surah Taha. Hembusan angin malam gurun kota Jurusalem menyapu bersih keraguan di hatiku. Seolah-olah hatiku disuntik dengan semangat baru. Aku memandang ke hadapan. Salahuddin mula beredar ke khemahnya. Semakin lama semakin hilang dari pandagannku. Aku berpaling ke kiri dan ke kanan. Semuanya sudah hilang..!! Khemah, kuda-kuda, tentera-tentera dan semuanya.
Kelam.
Gelap.
Tanpa cahaya.

****************

"Lie, bangun..!!" Aku terjaga dan membuka mata. Siapa di hadapanku? Salahuddin? Bukan, itu Rozi si `busy body’ bilikku. Aku sudah kembali?
"Fadhli, bila kau nak bangun ha? Dah pukul 6.00 ni!! Apalah kau ni. Pergi tempat ceramah punyalah semangat, nak sembahyang Subuh berjemaah pun sangkut..!!" Rozi menempelak.
"Aduh.. Rozi, aku mimpi panjang la.."
"Waduh, waduh.. hei Fadhli, sejak bila kau bawak tasbih sambil tidur ni? Ooo.. nak jadi tok wali ke?"
"Tasbih? Mana tasbih?" Aku tersentak.
"Ni… " Rozi mengambil tasbih dari tanganku. Aku terlopong seketika. Tasbih Salahuddin!! Tapi….
"Rozi, tolong cari panadol dua biji. Aku pening."

1