Jiwa Da'ie Otak Faqih

Sunday, February 19, 2006


Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras.

Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?

Kata Hasan al-Banna, "apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?" Kata mereka, solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat islam adalah wajib.

Lantas Hasan al-Banna menjawab, "apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat?! Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian".

Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da'ie Otak Fiqh. Bagi kita yang berperanan sebagai Da'ie, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi SAW untuk para Da'ie. Akhlak itu terpampang di dalam pelbagai peristiwa di zaman Nabi SAW dan hari ini, ia boleh disebut sebagai akhlak "Seek to Understand, Then to be Understood".

Kita perlu belajar untuk memahami mad'u yang diseru dan bukannya siang malam pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham akan mesej Islam yang kita cuba bawa. Dalam isu Hasan al-Banna di atas, jiwanya sebagai seorang Da'ie tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah Solat Terawih sebagai soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku di masjid berkenaan adalah masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR. Ini bukannya masalah yang boleh diselesaikan dengan melambakkan sebanyak mungkin nas al-Quran dan Hadith kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith.

Inilah yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita dan saya tidak menyalahkan orang ramai seandainya mereka 'bosan' dengan pendekatan para ustaz yang asyik menyelesaikan masalah dengan pendekatan 'hukumnya ialah..."

Seorang Daie yang berjiwa Daie akan belajar untuk memahami mad'u yang diseru, sebelum dia boleh meletakkan harapan agar mad'unya memahami dakwah yang dia bawa. Mari kita semua bertafakur di KLCC Suria or One Utama Shopping Complex selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak manusia di situ dengan mimbar-mimbar masjid dan 'usrah' kita. Pernahkah kita menilai sudah berapa jauhkah masyarakat kita berubah dan sudah berapa jauhkan kita mengubah pendekatan dakwah kita untuk mengejar perubahan masyarakat?

Saya selalu terkenang dialog saya dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah 20, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dia mengajukan soalan kepada saya, "do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don't believe in wearing scarf. If God doesn't want us to show our hair, then He will create us hairless!"

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa tak boleh bela anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya mengambil pendekatan jiwa Fiqh otak Da'ie, mungkin saya akan menjelaskan hukum perempuan memakai tudung, tujuannya menurut al-Quran, ayat-ayat dari surah al-Ahzab dan an-Noor dan 1001 penjelasan yang disambut dengan menguap gadis tadi bersama abangnya yang senasib. Akhirnya saya akan kagum dengan diri sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih!

Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok. Saya sebutkan kepada gadis tadi, "semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan kesembilan kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu".

"Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?", tanya gadis tadi.

"Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP!" jawab saya.

"Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?", tanyanya lagi.

"Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?", saya menguji.

"Silly game.. mengarut!", ujarnya sambil tersengih.

"Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, pasti mengundang kegagalan. Betul tak?", saya meneruskan perbualan.

"I can agree on that, jadi soalannya sekarang ialah, apa tujuan hidup awak?", beliau bertanya lagi.

"Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Apa yang awak nak capai dalam hidup awak?", saya pula memberikan soalan bertubi-tubi saya.

"Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan millions per year", katanya dengan yakin.

"Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu, mungkin kita sangka itu tujuan hidup kita. Tapi bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang kita kenal, ketika mereka sampai ke puncak yang didaki, rupa-rupanya jiwa mereka masih kosong dan mereka masih terus bertanya, apakah untuk ini aku hidup? Akhirnya ramai di kalangan mereka yang bunuh diri atau sekurang-kurangnya gagal dalam rumahtangga. Awak rasa itu kejayaan ke?", saya bertanya kepadanya lagi.

"Hmm...", sepi tanpa jawapan...

"Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama..."

"Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?", gadis tersebut mengacukan soalannya.

"DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. Adz-Dzariyat 56". Jawabku.

Lantas aku mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya aku membuat kesimpulan berikut:

"Andainya saudari boleh menerima hakikat yang kita perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Dan jika saudari boleh setuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, apatah lagi nak mengadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat sahaja!"

Alhamdulillah dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya, itulah hasil perbincangan kami. Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencuba untuk menghadapi mad'u saya dengan Jiwa Daie Otak Faqih dan tidak sebaliknya. Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya. Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil. Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi, tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum secara sacarstic, "inilah perangai bebudak sekarang!"

Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini, dan atas nostalgia peristiwa Hasan al-Banna itu, marilah kita bersama-sama mengutip mutiara pendakwah yang hilang iaitu "SEEK TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD".

@ABU SAIF

www.saifulislam.com
Cheras, Kuala Lumpur
7 Oktober 2005

I'm Too Busy?

Monday, February 13, 2006

SubhanaLlah....
tersentuh hati.....

^&^&^&^&^&^&^
I’M TOO BUSY

Everyday as I wake up at dawn
My mind starts working the moment I yawn
There were many things to do, o dear!
That’s why I hastily did my Subuh prayer
I didn’t have the time to sit longer to praise the lord
To me rushing out after prayer is nothing odd.

Since school I had been busy every minute
Completing my tutorials and handing it in
My studies took up most of my time always
Minimum time did I have to Allah to pray
Too many things to do, and zikir is rare,
For Allah, I really had no time to spare.

When I grew up and started my degree
Studying all day to secure my future
When I reached home, I prefer to have fun,
I chatted on the phone, on the yahoo messenger,
But I didn’t read much the book of heart, the Quran,
I spent too much time surfing the internet,
Sad to say my faith was falling flat.

The only time I have left is weekends
During which I prefer window shopping with friends
Or better yet I prefer to sit back and enjoy my cds and dvds
I couldn’t spare time to go to usrahs and daurahs
I’m too BUSY that’s my BIG EXCUSE…

I did my five prayers, but did so quickly,
After prayer, I didn’t sit longer to reflect quietly
I didn’t have time to help the needy ones
I was loaded with works as my precious time runs.

My life was already full of stress,
So I didn’t counsel as Muslim in distress,
I didn’t spent much time with muslims that can advice me,
Because I thought, doing so wont help me much,
It will be just a waste of time.

No time to share, with none Muslim about Islam;
Or even to my other fellow muslims who have rights on me,
Even though I know, inviting causes no harm
No time to do sunnah prayers at all
All this contribute to my iman fall…

I’m busy here, I’m busy there,
I have no time at all, that’s all I care
I went for religious lesson, just once in a while
Well, at least I do some, my nafs whispers,
Coz I’m too busy making a pile.

I worked all day, I slept all night
Too tired for tahajjud, and it seems no right
To me, studying as a living was already tough
So, I only did basic deeds but that’s not enough.

No time at all, to admire God’s creation
No time to praise Allah, and seek His Compassion
Although I know how short is my life,
For Islam, I really didn’t strive.

Finally the day comes, when the Lord calls for me
And I stood before Him with life history
I feel so guilty because I should have prayed more
I should have invited other muslims to Allah cause
I should strive more to learn about my deen,
Isn’t that what a Muslim live for
To thank Allah and do more good deeds
And the Quran is for us to read.

Now, at JUDGMENT DAY, I’m starting to fret,
I wasted my life but it’s too late to regret,
My entry to paradise depend on my good behavior,
But I have not done enough, nor did proper prayer
My “good deed book” is given from my right
An angle opens my “book” and read out my plight.

Then the angle chided me
“O You Muslim servant, you are the one
Who is given enough time, yet not much is done
Do you know your faith is loose?
Saying “no time” is only an excuse.
Your “good deed book” should be filled up more
With all the good work you stood up for…

Hence I only recorded those little good deeds
As I say this, I know your eyes will mist
I was about to write even more, you see…
But I did not have the TIME to list”…

~ i wish i had done more~

^&^&^&^&^&^&^&

Bagaimanalah BUKU CATITAN kita nanti kan?
Penuh dengan list aktiviti2 yg mendekatkan diri kita pada ALLAH swt ataupun,
Penuh dengan aktiviti2 lain.....shopping, tgk movie, bermain sana sini, lepak sana sini, atau berbual benda2 yg tiada kepentingan sgt (note: Islam xlarang kita buat benda2 ni, cuma kene seimbangkan dgn amal dan ibadah)
.....
.....tanya lah diri sendiri

hanya kita sendiri dan Allah swt yg mampu jawab soalan itu....

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Satu ilmu yg nak dikongsi....(rasa cam dah pernah hantar kat milist..tp tak ingat bila).....Saya bertanya pada seorang ustaz
"Apakah erti BARAKAH?"
Ustaz tu ckp kat saya
"kalau nak tahu samaada apa2 sahaja yg kita buat, main futsal ker (ni dia tak kata lah), p shopping ker, makan, korek hidung, berehat dan macam2 lagi....mendapat barakah atau tidak, cuba assess kerja kita itu samaada ia MENDEKATKAN DIRI KITA @ TIDAK KEPADA ALLAH SWT. BARAKAH ini adalah apabila sesuatu kerja yg dibuat dpt membawa kita LEBIH HAMPIR kepada ALLAH swt. "

Jadi,
MARILAH KITA BERLUMBA2 BETULKAN NIAT
"hanya kerana Allah swt aku buat kerja2 ni, kerja MCOT ker, kerja MSSM ker, kerja ISOC ker..dan apa2 sahajalah!!"
SUPAYA KERJA KITA MENDAPAT BARAKAH, DAN DAPAT DEKATKAN KITA PADA ALLAH SWT, SERTA MEMPEROLEH CINTANYA
......

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Akhir Kata : Program MCOT SPORT CARNIVAL 06 yg lepas adalah suatu kejayaan kerana sokongan ANDA semua, namun YANG PALING PENTING, harapnya ia tercatat didalam "BUKU CATITAN KANAN" kita sebagai suatu amalan yg dilimpahi BARAKAH.....Niatkanlah dihati untuk buat sesuatu HANYA kerana Allah dalam apa sahaja aktiviti yg kita ikuti....
orite?.....

Kalau ada kebaikkan dari tulisan diatas...ambillah sebagai pedoman,
Jika tidak dipersetujui, pohon diperbetulkan salah diri ini.

Wassalam

Mari Berfikir

BismiLlahiRahmaniRahim
Apabila mendapati Negara tercinta Malaysia, berdiam diri dan mengambil langkah tidak memboikot bersama negara dan umat Islam yg lain......aku jadi sebak...sedih....dan malu. 'Dimana mampu ku letak muka ini dihadapan Allah swt kerana kalah dengan ujian dunia ini?'

Setelah sekian lama diri ini mencari2 jawapan kepada persoalan 'penghinaan keatas Islam' ini, dan apakah tindakan kita sebagai manusia yg mengaku Islam, mengaku mencintai Allah swt dan RasulNya, mengaku menjadi khalifah dibumi, khalifah pada diri setidak2nya dan mentadbir dunia dengan Agama.....akhirnya aku sampai pada satu keputusan yg nampak feasible....iaitu membuat petition pada pemerintah di Malaysia berkenaan perlunya ada satu tindakan jelas ketidak'redha'an Malaysia dengan perlakuan tersebut....(perlu jelas...bukan menentang ttp menyatakan pendapat kita)

Didalam Islam, jelas, terang lagi bersuluh....
being a muslim....kita tak diajar memerangi sesiapa,
UNLESS.............
bila Islam / kita sendiri ditindas /diperkotak-katikkan.....seperti mana yg berlaku skrg.....

jd, tuntutan bersuara / strive / lakukan something telah sampai pada tahap 'WAJIB' (jgn melampau dah la...) (sila la rujuk ULAMA' mu'tabaar)

refer kat Ayat at-Taubah:24
"Cakap, kalau Bapa / anak/ sedaramara / isteri / kaum kerabat / kekayaan yg kamu dpt / perniagaan yg kamu kuatir rugi / rumah yg kamu sayang ....kalau semua itu kamu sayang lebih dari Sayang kamu pada Allah swt dan RasulNya dan dari berjuang/berusaha/bertindak dijalanNya, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintahNya, dan Allah tidak akan bagi pimpinan bg org yg melampau "
So,ringkasnya.. kalau ada excuse lain selain kecintaan pada Allah.....pada Nabi Muhammad saw....dan pada Agama Islam.....tunggu lah ketentuan Allah...

kalau sorg, terlalu kecik la kita untuk org dengar
so, atleast...dgn petition tu, we have more say, the more the powerer! united we stand
kalau nak kuasa beasr skit....
skali ngan persatuan lain lagi
Mmg la, soal negara ni...
...gerun
tp, Allah nyer balasan lg gerun.......
bukan nak tentang.....kita sekadar nak suarakan pendapat

kalau fikir2..
kita nak carik reason yg paling kukuh kenapa Malaysia tak nak boycot,
masalah ekonomi tak stabil, masalah ancaman luar,
persoalan sejauh mana Malaysia sgt bergantung pada Denmark???
persoalan adekah kalau buat camtu kita jadi papa kedana??
dan masalah lain, itu dan ini...dan semua reason- reason akal / logik yang lain

tp................

at the end of the road,
kita akan pertimbangkan "alasan Allah" dgn "alasan logik manusia"
Fikirlah!!!!

Dulu pernah dengar satu cerita semasa pemerintahan Sultan Al-Muktasim, pada zaman khilafah Abbasiyyah..
seorg muslimat telah dimalukan oleh tentera kafir
Lalu menjeritlah dia "Al-Muktasim.......alMuktasimmm!!!"
Berita ini tersebar kepangkuan Sultan,
maka, dengan pantas mengarahkan pasukan tentera Islam
pergi mempertahankan agama Islam melawan tentera Kafir tersebut, demi Izzah/maruah/ketinggian Islam the Deen of Allah ini! ....

itu lah yg dimaksudkan ngan Izzah Islam itu....
so sekarang, at least kita buat something
Terbuka atau tidak hati mereka...adalah bukan kuasa kita
NAMUN

"dengan keadaan kita tak buat apa2, terasa SGT MALU bila berhadapan dgn Allah swt, dalam solat, masa berdoa..mintak byk2 ngan Allah swt, itu ini....bla bla, tp, bila nama Allah sendiri dipersenda2..kita tak buat apa"
wallahu'alam

Silap aku kah?

Thursday, February 9, 2006

BismiLlahiRahmaniRahim...

Moga Allah swt ampunkan dosaku yang lemah ini....

Walaupun aku dah tahan diri dari tgk 'kartun menghina Islam' yg semakin tersebar...
"jgn kau tgk cartoon2 itu...kerana ia seolah bererti kau telah menjayakan hasrat 'mereka' melukis dan menyiarkannya ke seluruh dunia...kau RELA??"...
....namun, tadi, aku tgk jugak....sbb dah byk sangat forwarded email yg diterima....

Maka, MENJERITLAH otak kurniaan Penciptaku yang Agung..,
'MASYAALLAH!!!.....kenapa begini sekali benci mereka pada kita???, Salah sapa?? Salah orang Islam yg kat negara Arab itukah kerana berlaku keterlaluan?? tp, at least mereka berjaya membuka mata kita yg malas menunjukkan 'jeritan batin' ini dr pandangan dunia...., jadi, salah kita ker sbb tak buat apa2?? kalau itulah jawapannya....apalah sangat yg boleh kita buat??....aku hanya sekerdil ini, mana mungkin dipandang oleh kuasa Denmark yg besar itu....inikan Denmark, Malaysia sendiripun belum tentu mampu aku luahkan perasaan ini.......... KESUDAHANNYA??........Biarlah mereka2 yg berkeupayaan jer lah buat.....aku duduk senyap2 kat sini lah, study pun entah ke mana...., inikan nak berisau-risauan pasal hal dunia...hal Islam.....'

(rasanya, inilah yg biasanya kita rasa, jika timbul suatu isu besar....jadi, kita berundur dan kembali ke dalam 'comfort zone' mendiam diri...)

PADAHAL...................................................KAU TELAH MENG'IA'KAN..................

'haah, aku hamba Allah swt..', 'Tiadalah Tuhan lain selain Allah yg aku sembah......dan.....RasuluLlah itu, adalah rasul yg Tuhanku pilih...'

'betul, Allah cipta manusia seperti aku, untuk jadi khalifah........Khalifah yg tadbir bumi dan seisinya.......(termasuklah tadbir diri sendiri, kekawan,keluarga,masyarakat,kerajaan dan dunia)'


'nak.....nak jadik seperti sahabat dahulu kala yg berjaya menguasainya sepertiga dunia....fuh,....mantap sungguh Islam dulu...'

'.....'
'...'
...

TAPI KITA masih TAK BERDAYA BUAT APA2...........JANJI KOSONG KAH INI??

As-Saff:2-3 'Wahai orang yg beriman (kita ker? atau kita hanya perasan Beriman? atau kita hanya baru Islam? atau kita hanya perasan Islam...sedangkan tak berIzzahkan Islam????? Moga Allah swt tetapkan kita didalam AgamaNya ini..), mengapa kamu tidak perbuat apa yg kamu katakan??.Maka diBENCI (mintak jauh dari diBENCI Allah swt!), Maka dibenci Allah kalau kamu katakan apa yg kamu tidak perbuat!!'

kalau manusia ditaburi janji kosong, pasti mengamok sakan....
kalau Allah swt diperlaku begini?,

.........................ingatlah, Azab Allah adalah pedih! ...
tapi, (macam biasalah, manusia sering berdolak dalih dan mencari alasan..),
"Allah swt Maha Mengetahui, pastilah Ia tahu niat kita yg NAK TOLONG tp, tak berkudrat ini"
"Allah swt Maha Pengampun, pastilah Ia akan mengampunkan dosa kita, sbb hanya dosa syirik yg tak diampunkan...."

....
....dan byk lagi alasan2 lain,

terkandung dlm Qalamnya, Allah swt mahu kita buat sesuatu seMAMPU yg kita boleh buat....
dan .......KENE BUAT dulu lah baru kita tahu MAMPU atau TIDAK MAMPU.

As-Saff 4 "Sesungguhnya Allah swt SANGAT SUKA/KASIH/CINTA..., orang yg berjuang/berperang/mempertahankan Agama/dijalan Allah, DALAM BARISAN YG TERATUR, BAGAI SATU BANGUNAN YG KUKUH....!!"

Maka sedarlah wahai Umat Islam, kita kene bersatu.......KENE/MESTI/TERPAKSA/MUST/TAK BOLEH TIDAK.......kene berada dalam satu jemaah, dengan sistem yg teratur, supaya mampu membina kuasa yg pastinya dapat menjatuhkan musuh2 Allah swt......

baik dimana saja kamu berada, jgnla lari dari Allah swt dan seruanNya....
baik dimana kamu menapak, carilah jemaah yg meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah diperlembagaan yg teratas.....
baik dimana kamu sujud, biarlah sujud itu bersama sujudnya satu barisan hamba Allah swt yg bekerja untuk Allah swt.....

FIkirlah dengan akal yg ada.....
tanya lah keimanan didada, sama ada ianya palsu atau hiasan diri semata?
biarlah apa2 perubahan yg kita buat, hanya dengan Niat mendapat CINTA Allah swt......Sayang Allah swt,.......dan CITA2 untuk ketemu Allah swt di Syurga Nya yg abadi kelak....

Sesungguhnya semua ini benar......
MATI ITU BENAR,
AKHIRAT ITU BENAR,
SYURGA ITU BENAR,
NERAKA ITU BENAR,
PERJUANGAN ITU BERTERUSAN,
PENENTANGAN ITU PASTI TIDAK AKAN HILANG,
ORANG YG BERJUANG PASTI AKAN SILIH BERGANTI........
DAN KITARAN HIDUP INI ADALAH UJIAN JUA........
BAGI KITA PILIH, UNTUK BERADA DIMANA?
MENJADI PEJUANG ALLAH ITU
ATAU
HANYA MENJADI PENYORAK YG BERSEMANGAT TP TIDAK AKAN MENDAPAT APA2 SELAIN MENANGGONG HARGA TIKET YG MAHAL ITU!


wallahu'alam...
YA ALLAH....., OH...YA ALLAH,
kau berilah aku kekuatan untuk mentadbir diri ini menjadi pendokong agamaMU...
Amin

Fardhu Ain

Thursday, February 2, 2006

BismiLlahiRahmaniRahim

Teringat kata2 sahabat ku beberapa hari yg lepas berkenaan fardhu ain semasa berbicara mengenai tanggungjawab kita sekarang sebagai individu yg telah bersumpah/berbai'ah dengan Allah swt dengan lafaz "La ILaha ILla Llah"

"Apakah fardhu ain kita sekarang?" merupakah soalan yg dilontarkan.

Daripada apa yg aku paham dari perjelasannya, hukum fardhu ain terhadap solat dan sebagainya adalah tetap tidak berubah pada sekalian manusia bergelar Muslim......

Tetapi apabila bercakap berkenaan keutamaan yg patut kita dahulukan dalam kita nak berperanan sebagai pemimpin yg ditaklifkan oleh Allah swt dimuka bumi, kita lihat pada fardhu ain kita pada waktu sekarang.

'Adakah kita akan hanya belajar perkara solat, zakat, haji, kahwin, dan harta semata sebagai antara tuntutan2 Fardhu Ain? Sehinggalah kita dikebumikan kelak?'

Sesungguhnya rugilah kita menganggap Islam semata2 perkara ini sahaja...
Banyakkkkk lagi perkara2 utama lain yg kita tidak berjaya kuasai....contohnya soal Seerah ie membuka episod kegemilangan Islam, Akhlak terutama sekali perihal muamalat lelaki perempuan.....berleluasa sungguh sekarang ni)...dan Fiqh ie hukum hakam Illahi, amal-ma'ruf, nahi mungkar yg semakin dilupai oleh kebanyakan kita. Tidak dilupa Biology, Maths, Econs, Acc, Astro, dan bidang2 ilmu yg lain yg sebenarnya sebahagian dr Ilmu Ilahi ie Ilmu didalam Islam....

Jadi, fardhu ain yg sahabat ku itu perkataan adalah, keutamaan keatas kita adalah mengikut keadaan semasa zaman tersebut..

Wallahu'Alam

Setelah lama menyepi

Friday, January 27, 2006

BismiLlahiRahmaniRahim

AlhamduliLlah, ive finished my OSCE this afternoon...
Some ppl asked whether it went well as expected....hmm..one word to describe it; AlhamduliLlah...
i'll perform better next time inshaAllah...

I'll post entries in the future....
hehe...lama mendiam nih...berkarat rasanya..huhu

wassalam

Islam itu Nasihat

Friday, January 6, 2006

BismiLlahirRahmanirRahim

Dalam kesibukan, sekadar nasihat bg jiwa dan hati ku dan sahabat-sahabat sekalian, dengan izin Allah swt.

(pohon kemaafan dari Allah swt dari kelemahan ingatanku)

Hadith ini telah diriwayat oleh seorang sahabat tatkala bersama RasuluLlah saw,
RasuluLlah saw berkata "Akan datang suatu masa dimana kamu dapati seluruh dunia mengerumuni kamu ibarat mengerumuni juadah makanan". Bertanya sahabat "Adakah kerana bilangan kami sedikit Ya Rasul Allah?".Jawab baginda "Bahkan, bilangan kamu sangat banyak ibarat buih-buih dilautan". Sahabat bertanya lagi "Kenapa begitu?". Jawab baginda "Ini kerana Allah swt telah mencabut dari kamu rasa takut mati dan menanamkan dalam diri kamu penyakit wahn". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit wahn itu Ya Rasul Allah?". Jawab baginda "Ia adalah rasa Cinta Dunia!"

~ SubhanaAllah, terasa sungguh akan KEBENARAN kata2 RasuluLlah saw yang juga amaran dari Allah swt ini.....setuju??
Kala kita berseronok2....kala kita bergelak ketawa.....ada penyakit rupanya kita semua ini....... MasyaAllah...Adakah Doktor boleh tolong ubatkan??~

Diakhir zaman, memegang nama Islam ibarat memegang bara api!! - Hadith
~SubhanaAllah....ini pun AMATlah BENAR...rasa tak???Jalan sana sini, kang kene tarik tudung...~

"Islam itu datang dalam keadaan dagang/asing. Ia akan kembali dalam keadaan yang sama. Maka, beruntunglah bagi mereka yang dagang/asing" - Hadith
~Inilah solution yang Allah swt beri pada seluruh Manusia!!.....~

We wanna be beruntung, We HAVE to hold the Bara API laahh.....

(Pohon pada sahabat yg dpt betulkan ayat hadith2 tersebut, silakanlah!!- xsempat buat rujukan)

oooo..the people of the boxes, open ur box and listen to the Deen of Allah swt....(quote from nasyeed Dawud W. Ali). So, sekalian kawan-kawan ku, spend a time to watch this video..(dok rugi ehh!!)
http://www.zupload.com/download.php?file=getfile&filepath=34692
Sekalung tahniah bagi kawan2 di PUISI'05 tempohari yg menyediakannya......BEST BANGAT!!!rasa penyesalan tahap dewa sbb tak pegi

Ghuraba

Monday, January 2, 2006

Assalamualaikum wbt,

I wanna share my delight towards this poem as well as nasyeed to the world....
from http://forums.almaghrib.org/printthread.php?t=7350&pp=40
to listen click this link http://www.enshad.net/audio/Al-Damaam_D_2/Al-Damaam_D_2_-_05_-_%273orabaa2_%273orabaa2.ram

Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
-------------------------------------------------
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we'll continue forever
لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we'll continue forever
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make jihad, and battle, and fight from the start
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make jihad, and battle, and fight from the start
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghurabaa`, this is how they are free in the enslaved world
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy
بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times we remembered a time when we were happy
بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghurabaa` do not bow the foreheads to anyone besides Allah
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghurabaa` have chosen this to be the motto of life
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
The Prophet SAW said "Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. So Tooba for the Strangers"

WASIAT OSMAN GAZI KEPADA ANAKNYA ORHAN

Sunday, December 25, 2005


Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Saya berasa gembira dan bersyukur di atas kesedaran ramai sahabat
untuk mengambil tahu tentang sejarah Khilafah Osmaniyyah. Ia adalah siri
sejarah panjang yang tidak selayaknya seorang mukmin yang da'ie
mengabaikannya. Apatah lagi untuk memahami pelbagai krisis yang melanda umat
Islam hari ini, akar umbi permasalahan itu lazimnya berbalik kepada
peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Osmaniyyah tersebut.
Kerana kekayaan sejarah itulah, Profesor Necmettin Erbakan, pemimpin
gerakan Islam di Turki pernah menyebut, "mereka yang tidak mempedulikan
sejarah, maka tiada tempat baginya di persada masa hadapan".
Osman Gazi Orhan Gazi


Kemunculan pemerintahan keluarga Bani Osman yang mengasaskan Khilafah
Osmaniyyah merupakan manifestasi fenomena tajdid bagi menghadapi gejala
riddah yang sentiasa berulang muncul dalam sejarah kehidupan manusia.
Kira-kira 50 tahun selepas kejatuhan Khilafah Abbasiyyah iaitu pada
tahun 1258M / 656H, Osman Gazi mengasaskan Kerajaan Osmaniyyah di Bursa.
Lantas mereka membuktikan apa yang disebut oleh Allah SWT di dalam
al-Quran surah al-Maidah ayat 54-56:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika murtad dari kalangan kamu dengan
berpaling dari agamaNya, nescaya Allah akan mendatangkan suatu kaum
yang Dia mengasihi mereka serta mereka itu mengasihiNya. Mereka
merendahkan diri (adzillah) terhadap orang mukmin serta bersikap tegas meletakkan
diri pada ketinggian terhadap orang-orang kafir. Merek berjihad di
jalan Allah serta tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela.
Demikian itu adalah kurniaan Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang Dia
kehendaki. Dan Allah itu Maha Luas limpah kurniaNya lagi Maha
Mengetahui. Sesungguhnya pembantu kamu hanyalah Allah, RasulNya serta
orang-orang yang beriman, yang mana mereka itu mendirikan solat serta
mengeluarkan zakat, sedang mereka itu adalah orang-orang yang ruku' (patuh kepada
Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulNya serta
orang-orang yang beriman itu sebagai penolongnya, maka sesungguhnya (mereka itu
adalah) golongan Allah, menjadi golongan yang menang"

Kehidupan Osman Gazi yang memerintah sehingga 1326, adalah kehidupan
yang penuh dengan siri jihad. Perjuangan beliau dan kekuatan bala
tenteranya berhadapan dengan serangan kuasa Byzantine telah meluaskan kuasa
takluknya dari pusat pemerintahan di Bursa, berkembang pesat sehingga
Sultan Alaeddin Keykubat (Kaukabat) yang memerintah kerajaan Seljuk Rome
menyerahkan kuasa dan jajahan takluknya untuk duduk di bawah lembayung
imarah Osmaniyyah pada tahun 1299 tersebut.

Ketika gering di pembaringan, Sultan Osman Gazi telah menyampaikan
wasiatnya yang menjadi garis panduan dan ikutan para Sultan yang meneruskan
teraju pemerintahan Osmaniyyah selepasnya. Wasiat yang disampaikan
kepada anaknya Orhan (Orkhan) Gazi itu telah dicatat oleh muarrikh
(pencatat sejarah) bernama Asik Celebi (Aa-shik Chelebi). Wasiatnya berbunyi:

"Wahai anakku, janganlah sekali-kali kamu menyibukkan diri melakukan
sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Allah Tuhan semesta alam. Jika kamu
menghadapi sebarang kesulitan di dalam pemerintahan, maka
bermesyuaratlah kamu dengan pada Ulama' untuk mencari jalan penyelesaian"

"Wahai anakku, rendahkanlah dirimu dengan kemuliaan kepada orang-orang
yang mentaatimu serta peliharalah kebajikan tenteramu. Janganlah
sekali-kali kamu diperdayakan oleh Syaitan dengan (kekuatan) tentera dan
hartamu. Dan janganlah kamu sekali-kali menjauhkan diri daripada Ahli
Syariah..."

"Wahai anakku, sesungguhnya kamu mengetahui bahawa matlamat kita adalah
keredhaan Allah Tuhan semesta alam. Sesungguhnya jihad itu menyebarkan
cahaya sinaran agama kita ke segenap penjuru. Dengan demikian itulah
terhasilnya Mardhatillah Jalla Jalaaluh..."

"Wahai anakku, kita bukanlah dari kalangan mereka yang berperang kerana
syahwat mahukan kuasa atau menawan manusia. Sesungguhnya kita ini hidup
dengan Islam dan dengan Islam jualah kita mati. Dan hakikat inilah
wahai anakku, kamu itu adalah ahlinya!"

Nasihat inilah yang menjadikan pemerintah Osmaniyyah sangat menitik
beratkan ilmu dan institusi keilmuan, tentera dan institusi ketenteraan.
Mereka juga sangat memuliakan ulama serta memelihara kewajipan jihad. Di
bawah bendera Osmaniyyah itulah, sinaran Islam tersebar sehingga ke
segenap penjuru alam; cemerlang memancar dari tembok Vienna di Austria
sehinggalah ke tangan Haji Abdul Rahman Limbong di Tanah Melayu dan
pendukung revolusi petani menentang penjajahan British.

Institusi ulama sangat penting kepada sekalian pemerintah Bani Osman.
Gandingan ulama seperti Sheikh Ak Semsettin itulah yang menghasilkan
Sultan Muhammad al-Fatih yang kemudiannya menawan Constantinople pada
tahun 1453. Bahkan konspirasi menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II itu pun
terpaksa menggunakan 'fatwa' oleh Sheikh Hamdi Afandi Mali disebabkan oleh
sentimen masyarakat yang tidak mungkin merestui sebarang tindakan yang
tidak mendapat lampu hijau para Ulama'.

"Sesungguhnya pada kisah mereka itu terdapat pengiktibaran bagi mereka
yang berpemikiran" (Surah Yusuf: 111)

ABU SAIF
RABIUL AKHIR 1425H

Perang Salib Ketiga

Friday, December 2, 2005

Juga bagi bacaan sahabat tersayang 'Ana'.....
sama2 tingkatkan pengetahuan berkenaan sejarah....
Sebab sejarah membentuk kita sehingga ke hari ini...

Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepada orang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakal yang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalam peperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di mana beberapa hari kemudian ia telah menawan Baitul Muqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristian ini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Maka bantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin. Hampir semua raja dan panglima perang dari dunia Kristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman, Richard The Lion raja England, Philips Augustus raja Perancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy dan Count of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddin yang hanya dibantu oleh beberapa pembesarnya dan saudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankan kehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah mereka tidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yang besar itu.

Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hingga menyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu. Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuat perjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian ini mengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnya kecuali bandar Acra diletakkan di bawah pemerintahan Kristian. Maka berakhirlah peperangan Salib ketiga.

Lane-Poole telah mencatatkan perjajian ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5 tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai, 1187M, tiada satu inci pun tanah Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas Perjanjian Ramla pada bulan September, 1192M, keseluruhanya menjadi milik meraka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah Palestin masih di tangan orang-orang Kristian. Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telah mengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily dan Austria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders dan beratus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutu membantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untuk mengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahan Kristian.

Walau bagaimana pun ada raja yang mati dan ada yang balik dan sebahagian pembesar-pembesar Kristian telah terkubur di Tanah Suci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tangan Salahuddin.

Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatan dunia Kritian yang telah ditumpukan dalam peperangan Salib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin. Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperangan yang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undur apabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka di jalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembah Tigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidak henti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernah berbelah bagi. Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosil (sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasan yang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memang boleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranya dari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanah Arab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-mana sahaja.

Walaupun mereka berlainan bangsa dan kaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan mereka di atas jalan Tuhan daripada mula peperangan pada tahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.

Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan ini Salahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Wafatnya Salahuddin

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas berhempas-pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja’afar seorang yang wara’ telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur’an dan syahadah boleh diperdengarkan kepadanya. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Qur’an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, “Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata” (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, “Memang benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Salahuddin yang Wara’
Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan. Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.

Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, “Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan. Ia sangat gemar mendengar bacaan Qur’an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Qur’an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu’ semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendegarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya. Ia juga sangat berpegang teguh kepada rukun iman hinggakan ia telah mengarahkan anaknya al-Malik al-Zahir membunuh Suhrawady yang membawa ajaran sesat.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, “Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat. Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawanya, “Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampis subuh akupun bangun dan pergi mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. “Aku tidak tidur semalam” katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, “Kau kena munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu ia bertanya, “Apa yang perlu ku lakukan?” Aku menjawab, “Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid, sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi’raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan “Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini”

Aku mengatakan kepadanya, “Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu". Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi”

Salahuddin yang Penyayang
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman musuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian dipersalah-lakukan. Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis di tangannya dan seorang yang amanah telah dilantik di pintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripada orang-orang Kristian yang ditawan.

Lane-Poole juga telah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakan kepada pegawainya, “Adikku telah membuat infak, Padri besar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula". Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan di jalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampu membayar tebusan boleh dibebaskan. Maka berbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St. Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakan sedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpa mengidar bilangan mereka.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

Perangai Salahuddin
Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.

Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya. Sauatu hari seorang lelaki telah membuat aduan berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.

Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidak adilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan. Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada khadamnya, “Cakap sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.

Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar ‘Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan. Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. “Aku tahu", kata Bahauddin, “Ia mengatakan dirinya".

Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit.

Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.

Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.

Kesungguhan dan Semangat
Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkan bahawa Salahuddin mengidap sakit kuat yang mengebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipun demikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksa angkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanya bagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddin menjawab, “Penyakit akan peninggalkanku apabila kamu menunggang kuda".

Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaan yang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuh sepanjang malam. “Apabila ia sakit", kata Bahauddin, “Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Ia tidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabila pagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawan musuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perang sebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Aku dan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggang kuda sehinggalah musuh berundur apabila senja menjelang. Ia hanya akan kembali ke khemah selepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatan pada waktu malam".

Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya. Bahauddin ada mencatatkan satu kisah yang menunjukkan betama beraninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahawa ia selalu mendengar bacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang. Apabila mendengar perakara ini ia segera mengarahkan supaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketiak peperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.

Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam bebeerapa ketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah ia menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat pada satu petang. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kelam kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan. Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.

Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suati hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, “Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, ku berikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi atau jika ajalku sampai".

Salahuddin sebagai ulama
Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Ia sangat gemar mengumpulkan pengeatahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Qur’an ia juga banyak menghafal syair-syair Arab.

Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Qur’an

Rujukan
• Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H. Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31, 32-33, 7,155

• Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99