I like this entry...it was a 3 years old posting!
..............................
Satu hari, masa sedang masih menunggu bas di Stesyen Bus Piccadilly, kawan ku membuka bicara
"tunggu bus ni menekan jiwa raga betul!!"
Aku sengih. Mata ligat melihat orang lalu lalang. Aku balas balik "sabar....sabar..." sambil tersengih kambing lagi sekali.
"kalau rumah dekat, aku dah jalan balik...malas nak tunggu bas ni lama2" Kawan aku terus membebel. Kesian dia, seharian kelas dari pagi sampai petang, dan sekarang kene tunggu bus yg entah kenapa enggak mahu muncul2.
"ala...cam tak biasa menunggu jer ko nih." Aku yg mmg cool..(hekehk) bersuara. Terlintas di kotak fikiran ku akan sesuatu yg menarik.
"Eh, ko perasan tak? Tunggu bus ni ada persamaan ngan hidup. Matlamat hidup adalah rumah kita yg dituju. Perjalanan dan masa hidup adalah sepanjang jalan. Bus pulak adalah yg mampu bawa kita rumah dengan selamat. Kita tunggu bus, ibarat kita tunggu seorang insan bernama suami....."
"Fuh, mantap sungguh ko berkias. Tapi, betul jugak tuh. Kadang2 aku terpikir, yg mana satu jodoh kita? kalau dah ada org yg baik datang merisik, kenapa ditunggu2. Bukanker ada hadith dari Baginda Rasul, lebih kurang: jika ada orang lelaki yg baik, baik agamanya, cepatkanlah kawinkan anak perempuan tu." Berbicara kawan ku yg sikit benggang tadi. Alim jugak dia ni tau sikit sebanyak pasal hadith, alhamduliLlah.
"tau pun! So, tunggu jer bus mana2 yg datang.....tak kirala Stagecoach ker magicbus yg uzur, arriva, ataupun first.....supaya mudah, selamat dan cepat sampai pada destinasi yg dituju..Mengerti?" Aku jeling sinis pada dia yg sedang menyandar bosan pada tiang 'stand'.
"...yer la! mmg la aku kene pilih stagecoach, dah aku ada buspass. Lainla kalau ko nak belanja tambang bus arriva kesayangan ko tuh" jawab sahabat aku sambil memberi muka buruk ke arahku.
"haha......." aku tergelak besar dengan gelagat dia. Mata masih sibuk memandang hujung jalan, sambil mengharap ada kelibat bus biru,kuning, merah putih lambang stagecoach. Bulat mata ku bila akhirnya muncul juga yg dinanti dari tadi.
"yeay yeah......Akhirnya jejaka tampan bergaya sudah datang!!" meloncat gembira sahabat ku. Aku bangun melangkah ke tepi jalan.
"alamak..alamak.... NOT IN SERVICE!! aarrrghhhhh......bengang..!!!" sambung dia. "aku dah tak tahan......"
"tula....sapa suruh tunggu jejaka tampan bergaya tapi tak beriman??"aku sampuk sambil menepuk bahunya. "jap lagi kot!"
Selang tidak lama, bus biru gelap, usang tiba di perhentian itu. Kami melangkah sambil mengucap syukur. Walaupun magicbus itu selalu sajer kami kutuk kerana penuh bau masam (tak semua pun..hehe), bunyi-bunyian, dan getaran, tapi setidak2nya, dia sanggup memberikan kami keselamatan, kecepatan, dan kepastian untuk tuju ker rumah yg tersayang.
(hanya rekaan semata....dialog dihyperbolakan dan beza dari dialog asal....hehe)
wassalam
RePosting: Ada apa dengan Bus?
Monday, August 3, 2009
at 3:27 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment