"Wahai orang beriman, masuklah ke dalam Islam sepenuhnya dan jgnlah kamu ikut jejak langkah syaitan" Al-Baqarah(2): 208
Pabila berbicara tentang cinta, pasti ada yang tersenyum, terpikat untuk mendengar malahan ada yang terus membuat andaian apa yang selalu dikaitkan dengan ungkapan keramat itu. Adakah benar angkapan yang kita dengar itu? Complete kah ia? Malahan ungkapan itu sangat luas pengertiannya, tetapi sedikit sahaja yang sedar.
Bila aku membaca satu novel berjudul Ayat-ayat Cinta beberapa minggu yang lalu, baru aku dicelikkan dengan erti kata Cinta yang luas itu. Walaupun jelas watak-watak yang dilakar adalah terlampau sempurna, aku kira ia penting supaya menjadi contoh terbaik bagi mendidik diri kita menjejak langkah mereka. Kerana tujuan akhir kita semua adalah sama, yaitu untuk mendapatkan CINTA AGUNG dari yang Maha Pencipta.
Aku bukan mahu berkisah tentang buku ini kerana tidak mampu diulas untuk memberikan maksud yang sama. Apa yang boleh aku katakan hanya Iqra'. Bacalah bila ada kelapangan.
Beli disini
Bacaan online disini
Download PDF disini
Wassalam
Love
Tuesday, December 18, 2007
at 3:26 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment