BUAL-BUAL MAILINGLIST

Saturday, February 25, 2006

PERTANYAAN:

assalamualaikum,

tumpang tanya, apakah hukum perempuan menari? sebab ada kawan saya ni nak join msian nite tapi setahu saya adalah haram perempuan menari. tapi saya search kat google tak jumpa plak apa2 yg relate dgn hukum2 ni. nway, sape2 yg arif tentang hal ni, silalah jawap soalan saya.

sekian, terima kasih.

RESPON 1

Assalamualaikum
Izinkan saya berkongsi sedikit tentang hal ini. Sebelum itu adalah penting untuk kita menginsafi bahawa Islam adalah agama yang begitu menghormati dan menghargai kehormatan seorang wanita. Betapa Islam menjaga kemuliaan wanita ini, dengan melindungi mereka daripada sebarang anasir yang boleh merendahkan martabat mereka yang begitu tinggi. Antara bentuk perlindungan yang disyariatkan oleh Islam yang berkaitan dengan konteks yang relevan dengan persoalan ini adalah penjagaan aurat dan larangan untuk tabarruj (wanita menunjukkan dan memperagakan perhiasan dan kecantikannya, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain, Dr. Abd. Karim Zaidan & Ustazah Ni'mat Sidqi - Ulama' terkenal Mesir)
Setelah saudara/i wanttoknowthetruth mengemukakan persoalan ini, saya sendiri berfikir semula kenapa agaknya tidak saudar/i tidak berjumpa dengan hukum berkenaan perempuan menari. Selain daripada skil pencarian (google) yang mungkin belum sempurna, sebab lain yang dapat saya fikirkan adalah persoalan wanita menari ini terlalu jelas dan nyata pengharamannya. Para ulama', jika ada, membincangkan tentang persoalan suara wanita, tabarruj, muzik, dan perhubungan dengan yang bukan mahram. Pandangan yang paling lenient pun, justeru mengambil-kira situasi semasa dan keperluan zaman moden, masih lagi menetapkan kondisi tertentu untuk perkara-perkara tersebut. Apatah lagi persoalan samada boleh atau tidak wanita menari di khalayak ramai adalah jauh sekali untuk dibincangkan. Ingin saya berkongsi beberapa dalil yang digunakan oleh para Ulama' dalam membahaskan isu-isu yang berkaitan ini:
1. "... janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya ..." (Al-Ahzab:32)
2. "Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya (muka & tapak tangan)... dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung" (An-Nur:31)
Nota tafsir: Pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istimewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu.
3. Rasulullah s.a.w bersabda : “Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan.”
Rasanya tidak perlu lagi saya menghurai panjang tafsir ayat-ayat Allah dan sabda Rasulullah seperti yang tertera di atas. Sudah terang lagi bersuluh apatah lagi bagi sahabat-sahabat sekalian yang tidak buta mata hati masing-masing. Juga penting untuk saya nyatakan bahawa wanita bukanlah diharamkan untuk menari secara mutlak. Mereka dibolehkan malah sunat sekiranya untuk menggembirakan suami atau di hadapan wanita lain dan kanak-kanak yang masih kecil (belum mumaiyiz).
Saya pasti bahawa pihak penganjur Malaysian Nite sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan tarian ,sekiranya ada, untuk dipersembahkan oleh kaum lelaki sahaja. Malah saya yakin dengan saudara Presiden MSSM yang saya hormati yang telah berjanji untuk menjaga sensitiviti semua ahli-ahlinya apabila saya tanya beliau ketika sesi soal jawab sebelum pengundian. Tambahan lagi, kepimpinan Muslim yang ada pastinya sedar bahawasanya ahli yang ada mungkin boleh berkompromi tetapi hukum yang termaktub tidak boleh diubah-pinda lagi. Saya juga akur bahawa bukannya mudah untuk menjaga syaria't terutamanya apabila dikelilingi oleh mereka yang non-muslim. Tetapi di sinilah letaknya ujian yang akan dipersoalkan oleh Allah di Padang Mahsyar kelak. Setiap orang bertanggungjawab dengan apa yang mereka perbuat dengan tangan-tangan mereka sendiri.
Sesungguhnya penyelesaian dan alternatif itu sentiasa ada, gunakanlah segala kreativiti yang ada untuk menganjurkan Malaysian Nite yang bebas daripada maksiat. Jika dapat diteruskan di masa hadapan alangkah besar pahala mereka yang memegang tampuk kepimpinan MSSM kali ini. InshaAllah, saya dan ramai lagi sahabat-sahabat yang lain akan berebut-rebut membeli tiket.
Akhir kata, suka saya menitipkan bersama syair arab yang telah diterjemahkan seperti di bawah.

Setiap kejadian dari pandangan

Bagaikan kebakaran dari serpihan

Banyak kerlingan menikam kalbu

Kalbu ditikam tanpa panahan

Selagi manusia mengikut perasaan

Bahawa di hadapan tidak kesedaran

Relakan bencana datang melanda kemuliaan

Usah disambut andai datang membawa kehancuran

RESPON 2

BismiLlahirahmanirahim...

Terdorong jugak untuk menaip,
Petikan cerita (lebih kurang...sbb tak refer buku)

Golongan Hawa pada zaman RasuluLlah saw dulu risau sangat takut tak dapat masuk syurga Allah swt sedangkan kaum Adam boleh kejar syurga dengan senang iaitu mengejar syahid dimedan juang....

"Seorang wanita datang menghadap kepada RasuluLlah saw, ia bertanya:

"Ya RasuluLlah, saya ini adalah utusan dari kaum wanita untuk menghadap tuan. Ada jihad yg diwajibkan kepada kaum lelaki, apabila mereka menang, mereka akan mendapat pahala, kalau mereka terbunuh mereka akan tetap hidup disisi Tuhannya, mereka tetap mendapat rezeki. Sedang kami kaum wanita, kamilah yg memelihara mereka, kami akan memperoleh apa?

RasuluLlah saw menjawab, Sampaikanlah kepada semua wanita yg kamu jumpai, bahawasanya, taat kepada suami, memenuhi hak-hak suami sama pahalanya dengan jihad, tetapi sedikit sekali diantara golongan kamu yang melakukannya
." Hadith dari Ibn Abbas

Ish....apa kaitannya dengan persoalan Malaysian Nita??

Ginilah, kalau tgk pada hadith tersebut, adalah sama ibarat wanita pergi berperang untuk syahid dengan hanya memastikan Suami bahagia......(Syahid = membahagikan Suami)

Bila masanya kita nak berjihad ni wahai wanita?...Lepas kawin?....lepas ada anak?....
Ish......sekarang laa.....bila lagi

Macamana tu?
Jagalah diri dari segi kesihatan
Kesihatan dan kebersihan...
dalaman dan luaran....
Jaga hak bakal suami keatas kita ie (masih suci dari disentuh lelaki, cukup mahal untuk dilihat lelaki lain, cukup menjaga kecantikan hanya untuk dia dikemudian hari......)
inilah Jihad wanita yg kebanyakan kamu sering lupa.....

dan, dalam melakukan semua ini,
"Niat untuk bahagiakan bakal suami....kerana Allah swt semata2"


Adakah bakal suami kita akan bahagia begitu?...Tanya lah mana2 lelaki yg dikenali...."terharu tak kalau seorang wanita buat semua benda ni untuk bahagiakan dia kelak??"

Sesungguhnya....
Wanita dah tidak ada hadiah PALING BERNILAI untuk dihadiahkan pada bakal suami kelak....melainkan diri yg SUCI...

Jadi, untuk mencapai MardhatiLlah, Taman indah disyurga kelak, ini lah jihad kita.....
Jaga aurat (kerana ia HANYA untuk suami tercinta...)
Jaga pergaulan (kerana diri ini HANYA untuk Dia)
Jaga....dan jaga..

Islam bukan mengongkong kita dari bergaul dan bersosial...
tetapi untuk kebahagiannya BERSAMA juga.....


betul tak?.....jawablah lelaki diluar sana...

Wallahu'alam



4 comments:

Anonymous said...

dari segi huraian betul la tu..semuanya betul..tak perlu huraian tambahan dah..implementation....kemudian criter.

-aku lelaki..

Anonymous said...

aku setuju benor ngan pendapat hang tu..baguih betul...fakta pun padat..
mana hang blajak ni?

-MASIH TERUNA DAN SUCI

Mrs Ahmad said...

adakah ini bermaksud setuju bahawa lelaki akan memilih perempuan yg suci, yang menjaga aurat mereka dan yang menjaga pergaulan mereka? Jika benar, janganlah dibebani mereka dengan teguran dan pandangan yang penuh maksud tersirat....Hormatilah mereka kerana mereka mahu menjaga tetapi akan berjaya dengan bantuan pihak yg bernama lelaki..wallahuAlam

Anonymous said...

Rasullah sendiri mahu orang lelaki yang bujang, seboleh2 nya memilih calon isteri yang masih muda(suci)(yang boleh bergurau senda)..tengk la hadis..confirm ada..
memang la lelaki nak camtu..tapi, kalau ketentuan Allah sebaiknya, terimalah seadanya..tersirat? apa yang tersirat? tak ke pompuan ke yang selaly bagi ayat yang tersirat?menyebabkan kekadang orang lelaki pening memikirkannya...sama2 menghormati..caranya? terpulang kepada kedua2 belah pihak..masing2 ada tanggungjawab dan kewajipan yang perlu dilaksanakan.
orang lelaki pun sama, perlukan sokongan jugak..tapi, tidak ditonjolkn secara jelas..kalau kamu sudah berpunya, mungkin kamu dapat lihat dari teman lelaki kamu..okey..
bye..

-masih teruna dan suci...